Wednesday, May 15, 2013

I Love UTM Blog Badge


We are giving out I Love UTM blog badge for our bloggers. Grab this badge and put it in your blog now! Hurry, show the world how much you love UTM :)

Click here to get the badge code.

Friday, January 18, 2013

Penerbitan Berimpak Tinggi

Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan

Penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi menjadi antara agenda utama UTM. Ini kerana reputasi sesebuah universiti dan ahli akademik, terutamanya dalam bidang Sains dan Tekonologi biasanya dinilai berasaskan kepada keupayaan menerbitkan makalah dalam jurnal berimpak tinggi dan citation. Menerusi dana Universiti Penyelidikan, UTM berupaya meningkatkan kualiti penerbitan dalam jurnal impak tinggi. Tumpuan telah diberikan kepada aktiviti penerbitan berindeks impak tinggi serta rujukan (citation). Selain latihan penerbitan dalam aspek penulisan, usaha meningkatkan penerbitan juga diadakan dengan mewujudkan penyeliaan bersama dengan profesor terkenal dalam sesuatu bidang dan memperkenal serta mempromosi ahli akademik UTM untuk meningkatkan citation. Pihak Pengurusan UTM telah memikir dan menggubal pelbagai kaedahan dari segi strategi, dasar, dan pelan tindakan berkaitan bagi meningkatkan penerbitan dalam jurnal berfaktor impak tinggi seperti berikut:

• Melaksanakan syarat baru perlantikan Profesor Pelawat mestilah dalam kalangan mereka yang boleh membantu staf UTM menerbitkan makalah dalam jurnal impak tinggi, sekurang-kurangnya satu makalah dengan IF 1.0 setiap kali lawatan.

• Mengenal pasti dan mengadakan kerjasama erat dengan 30 orang Ketua Editor jurnal ternama (tiga untuk setiap Research Alliance) untuk membantu staf UTM menerbitkan makalah dalam jurnal impak tinggi.

• Memperluaskan lagi pelaksanaan inisiatif meningkatkan jumlah penerbitan berindeks, khususnya dalam jurnal ISI menerusi penggunaan format baru tesis sarjana dan kedoktoran dengan sasaran 500 tesis pada 2011.

• Insentif peningkatan faktor impak penerbitan artikel dalam jurnal berindeks ISI menerusi galakan kewangan dan pakej latihan dengan pembiayaan sebanyak RM1.5 juta.

• Melaksanakan secara lebih meluas dasar kenaikan pangkat jawatan staf akademik dengan syarat minimum penerbitan artikel dalam jurnal berindeks sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM 2010. Rajah berikut menunjukkan UTM telah berjaya meningkatkan penerbitan berimpak tingginya terutamanya setelah memperolehi status Universiti Penyelidikan.


Jumlah penerbitan dengan jumlah faktor impak (CIF) yang dicapai adalah 710 pada tahun 2011 berbanding
yang disasarkan hanya 500. Jumlah citation (SCOPUS) juga sangat membanggakan dengan pencapaian 3,791 berbanding sasaran 3,000.

Berikut merupakan sepuluh penerbitan teratas dengan faktor impak tinggi yang telah dihasilkan dalam
tahun 2011:

Thursday, January 17, 2013

Penyertaan Pameran dan Penerimaan Anugerah

Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan

Tahun 2011 telah menyaksikan kejayaan penyelidik UTM memenangi beberapa anugerah khas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penerimaan beberapa anugerah berprestij ini merupakan usaha berterusan para penyelidik untuk meningkatkan kualiti penyelidikan agar lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global. Perincian anugerah yang dimenangi oleh UTM pada tahun 2011 adalah seperti di Jadual berikut:



Syarikat Hiliran (Spin off Companies)


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Aspek pengkomersialan terhadap penyelidikan yang dijalankan oleh universiti juga memerlukan peranan industri untuk merealisasikannya. Sehingga kini, universiti telah menubuhkan 12 buah syarikat spin-off yang dapat membantu aktiviti pengkomersilan. Berikut merupakan senarai syarikat spin-off.



Pengkomersilan, Perundingan dan Sumbangan kepada Pendapatan Universiti


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Pada tahun 2011, UTM telah berjaya melaksanakan sebanyak 54 projek perundingan yang melibatkan nilaian RM10,129,513.00 dengan agensi-agensi Kerajaan, syarikat swasta dan lain-lain. 33 projek komersilisasi yang melibatkan nilaian RM192,640.00 pada tahun 2011 merupakan suatu peningkatan dari 25 projek komersilisasi yang melibatkan nilaian RM171,772.74 pada tahun 2010. Peningkatan aktiviti ini adalah selari dengan matlamat ke arah universiti penyelidikan berteraskan keusahawanan.

Wednesday, January 16, 2013

Perlindungan Harta Intelek


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Sehingga Disember 2011, sebanyak 2,185 reka cipta atau inovasi telah memperoleh hak perlindungan harta intelek di Malaysia dan daripada jumlah tersebut sebanyak 158 adalah hasil perlindungan harta intelek yang diuruskan sepanjang tahun 2011. Jadual berikut menunjukkan penjanaan harta intelek UTM bagi tahun 2011.



Perolehan Geran


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Geran penyelidikan merupakan salah satu aspek kritikal bagi memastikan projek penyelidikan dapat berjalan dengan lancar. Sehingga tahun 2011, UTM telah memperoleh peruntukan sebanyak RM103,495,190.30 untuk menguruskan 1,196 projek penyelidikan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM45,478,904.48 telah dibelanjakan sepanjang tahun 2011 untuk menguruskan projek-projek penyelidikan yang diluluskan oleh beberapa organisasi seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi, agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta dan institusi antarabangsa. Perincian perolehan geran penyelidikan UTM bagi tahun 2011 adalah seperti rajah berikut: