Penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi menjadi antara agenda utama UTM. Ini kerana reputasi sesebuah universiti dan ahli akademik, terutamanya dalam bidang Sains dan Tekonologi biasanya dinilai berasaskan kepada keupayaan menerbitkan makalah dalam jurnal berimpak tinggi dan citation. Menerusi dana Universiti Penyelidikan, UTM berupaya meningkatkan kualiti penerbitan dalam jurnal impak tinggi. Tumpuan telah diberikan kepada aktiviti penerbitan berindeks impak tinggi serta rujukan (citation). Selain latihan penerbitan dalam aspek penulisan, usaha meningkatkan penerbitan juga diadakan dengan mewujudkan penyeliaan bersama dengan profesor terkenal dalam sesuatu bidang dan memperkenal serta mempromosi ahli akademik UTM untuk meningkatkan citation. Pihak Pengurusan UTM telah memikir dan menggubal pelbagai kaedahan dari segi strategi, dasar, dan pelan tindakan berkaitan bagi meningkatkan penerbitan dalam jurnal berfaktor impak tinggi seperti berikut:
• Melaksanakan syarat baru perlantikan Profesor Pelawat mestilah dalam kalangan mereka yang boleh membantu staf UTM menerbitkan makalah dalam jurnal impak tinggi, sekurang-kurangnya satu makalah dengan IF 1.0 setiap kali lawatan.
• Mengenal pasti dan mengadakan kerjasama erat dengan 30 orang Ketua Editor jurnal ternama (tiga untuk setiap Research Alliance) untuk membantu staf UTM menerbitkan makalah dalam jurnal impak tinggi.
• Memperluaskan lagi pelaksanaan inisiatif meningkatkan jumlah penerbitan berindeks, khususnya dalam jurnal ISI menerusi penggunaan format baru tesis sarjana dan kedoktoran dengan sasaran 500 tesis pada 2011.
• Insentif peningkatan faktor impak penerbitan artikel dalam jurnal berindeks ISI menerusi galakan kewangan dan pakej latihan dengan pembiayaan sebanyak RM1.5 juta.
• Melaksanakan secara lebih meluas dasar kenaikan pangkat jawatan staf akademik dengan syarat minimum penerbitan artikel dalam jurnal berindeks sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM 2010. Rajah berikut menunjukkan UTM telah berjaya meningkatkan penerbitan berimpak tingginya terutamanya setelah memperolehi status Universiti Penyelidikan.
Jumlah penerbitan dengan jumlah faktor impak (CIF) yang dicapai adalah 710 pada tahun 2011 berbanding
yang disasarkan hanya 500. Jumlah citation (SCOPUS) juga sangat membanggakan dengan pencapaian 3,791 berbanding sasaran 3,000.
Berikut merupakan sepuluh penerbitan teratas dengan faktor impak tinggi yang telah dihasilkan dalam
tahun 2011:
Jumlah penerbitan dengan jumlah faktor impak (CIF) yang dicapai adalah 710 pada tahun 2011 berbanding
yang disasarkan hanya 500. Jumlah citation (SCOPUS) juga sangat membanggakan dengan pencapaian 3,791 berbanding sasaran 3,000.
Berikut merupakan sepuluh penerbitan teratas dengan faktor impak tinggi yang telah dihasilkan dalam
tahun 2011:
No comments:
Post a Comment