5ETP adalah satu program elit dan unik yang julung-julung kali diperkenalkan di UTM selaras dengan Pelan Transformasi Mahasiswa UTM. Program ini direka bentuk khas bertujuan untuk memperkembangkan bakat, minat, kompetensi dan daya kreativiti mahasiswa secara holistik sepanjang pengajian di UTM. Terdapat lima Teras Program Kecemerlangan, iaitu:
• Akademik Nobel
• Sukan
• Kepimpinan
• Keusahawanan
• Tahfiz
Antara lain objektif utama program ini ialah memastikan supaya mahasiswa berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman dengan cemerlang semasa dalam pengajian dan berkerjaya, seterusnya melahirkan saintis muda cemerlang, thinking atheletes, pemimpin mahasiswa, usahawan muda dan teknohafiz yang menjadi contoh serta duta UTM di peringkat global. Program ini telah dibuka kepada semua mahasiswa tahun satu peringkat ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2011/2012, yang dihadkan kepada 50 orang mahasiswa terpilih sahaja dengan setiap teras terdiri daripada seramai 10 orang mahasiswa.
Setiap mahasiswa yang terpilih akan mengikuti program teras kecemerlangan diri yang dirancang secara khusus dan sistematik sepanjang pengajian mereka. Mereka berpeluang mengikuti program kecemerlangan mahasiswa, menjadi duta UTM, dan menerima pelbagai insentif menarik daripada pihak universiti dan penaja. Program khas ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak universiti sepanjang pengajian.
No comments:
Post a Comment