Sunday, January 6, 2013

UTM Sepintas Lalu


Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengukir sejarah sebagai institusi pengajian tinggi yang unggul dalam bidang sains, teknologi, dan kejuruteraan sejak penubuhannya pada 1975, sehinggalah dianugerahkan status Universiti Penyelidikan pada 10 Jun 2010. Pada Januari 2012, UTM sekali lagi telah menempa sejarah apabila UTM merupakan universiti pertama diumumkan mendapat taraf universiti berautonomi dan melaluinya institusi pengajian tinggi awam diberi kuasa substantif untuk menentukan matlamat, strategi dan program yang hendak dilaksanakan bagi mengukuhkan peranan dan prestasi universiti.

Matlamat UTM menjadi sebuah Universiti Penyelidikan berteraskan keusahawanan (entrepreneurial research university) yang memberi penumpuan kepada pengajian siswazah dan penyelidikan (graduate and research focused) telah menunjukkan keberhasilannya apabila peningkatan peratus mahasiswa pascasiswazah dan seterusnya bilangan mahasiswa antarabangsa begitu menonjol dan transformatif. UTM juga kekal unggul dalam kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia apabila berjaya melakar kemenangan 3 kali berturut-turut Anugerah Harta Intelek berasaskan sains dan teknologi. Selain itu pendekatan brand association yang dilaksanakan oleh UTM mampu meningkatkan keupayaan dan kemantapannya melalui penampilannya menerusi jaringan kerjasama strategik dengan universiti-universiti ternamadunia dan agensi-agensi korporat yang berwibawa.

Pencapaian memberangsangkan ini sebenarnya membantu UTM untuk berdaya saing dengan lebih kompetitif di arena antarabangsa, di samping meningkatkan penilaian keserakanan dan jalinan hubungan dengan organisasi luar, khususnya industri.



No comments:

Post a Comment