Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru
Pusat ini ditubuhkan untuk membantu semua fakulti untuk menjadikan program akademik, khususnya projek sarjana muda lebih inovatif, menarik dan berdaya saing. Pada setiap hujung semester, pertandingan inovasi diadakan dalam kalangan mahasiswa untuk membolehkan mereka bersaing dan sekali gus membentuk laporan tesis dari projek tersebut. Pusat ini juga dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan untuk membantu mahasiswa mengembangkan daya cipta dan daya reka dalam bentuk model dan prototaip.
No comments:
Post a Comment