Dalam membolehkan UTM mendapat tempat dan reputasi dalam kalangan calon mahasiswa, warga akademia, dan pihak industri, usaha membangunkan konsep dan kerangka, Akademia Baru, sebagai inisiatif inovatif dari segi pedagogi dan pengajian di UTM telah dilaksanakan. Konsep Akademia Baru ini adalah berkaitan dengan konsep memajukan ilmu dalam bentuk yang bersepadu, berpaksi manfaat langsung, lebih dinamik yang tidak terlalu bergantung pada paradigma, akademik, yang konvensional.
Antara kaedah penghayatan ilmu yang digunakan dalam kerangka Akademia Baru dalam usaha mempelbagaikan metodologi pengajian untuk menampung kekangan ruang, mengoptimumkan sumber dengan menyediakan mod yang sesuai dengan generasi celik IT, menggalakkan semangat dan minda keusahwanan (entrepreneurial thinking), kerangka interdisciplinary, dan seterusnya bercitra global adalah seperti Kursus Service Learning (SL) Berkredit, Program Summer School, Pembelajaran atas Talian (e-Learning), MylinE, Pusat Inovasi Mahasiswa dan Pinjaman Mikrokredit Mahasiswa.
No comments:
Post a Comment