Wednesday, January 9, 2013

Kursus Service Learning (SL) Berkredit

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru


Universiti telah meluluskan penawaran kursus KhidmatKomuniti Berkredit (Service Learning) pada Mac 2011 dan menjadi ,champion, dalam kalangan IPTA yang menjayakan SL Berkredit kepada komuniti, yang antara lainnya bertujuan seperti berikut:
  • Membantu menyelesaikan masalah sosio-ekonomi masyarakat.
  • Menyalurkan kepakaran/kemahiran mahasiswa Universiti untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
  • Mahasiswa dan masyarakat bekerjasama dalam pelbagai bidang ke arah keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Kursus Service Learning UTM dan Khidmat Komuniti menampilkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mampu meningkatkan kualiti mahasiswa menerusi penglibatan dalam pelbagai program kemasyarakatan.

Tiga program rintis telah dilaksanakan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:

  • Program komuniti Taman Damai Jaya - ,Cinta Tamanku,, kolaborasi dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB)
  • Program Motivasi dan Pendidikan, kolaborasi dengan Kg Sejagong, komuniti Seri Medan
  • Kolaborasi di antara Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta dan Universitas Andalas, Padang

Lain-lain program UTM dan Khidmat Komuniti yang telah dijalankan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:

  • Program ,Sustainable and Greening, Hutan Bandar dan Taman Tasik Merdeka.
  • Projek Pengantarabangsaan di Kemboja, kolaborasi bersama ,Action Caring Team, (ACT).
  • Program Memperkasakan Sains & Matematik di Sek. Men. Keb. Pasir Gudang 1 dan SMK Johor Jaya 2.
  • Program Membudayakan Komuniti dan Peniaga ICT, Kolej Komuniti Pasir Gudang, kolaborasi bersama Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Pasir Gudang dan UMNO Pasir Gudang.
  • Hari Inovasi Sains Matematik dan Teknologi.

Antara program UTM dan Khidmat Komuniti yang telah dirancangkan untuk masa akan datang adalah seperti berikut:

  • Kolaborasi bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN).
  • Projek rintis ,Fibreglass Boat Manufacturing Technology,, di daerah Kota Tinggi.
  • Program Sains, Matematik dan ICT di daerah Muar;
  • Kolaborasi bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
  • Projek Lanskap Terminal Bas.
Program Sustainable and Greening Taman Tasik Merdeka, Johor Bahru.



1 comment:

  1. Perkongsian ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat. Di dalam artikal ini menceritakan mengenai Kursus Perkhidmatan Pembelajaran Berkredit. Tajuk artikal ini sangat penting kepada mereka yang sudah menamatkan SPM untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Ia kerana terdapat isi kandungan yang lengkap dan senang untuk dicari. Sebagai bahan rujukan, di sini terdapat laman web yang boleh membantu anda semua mencari maklumat yang sangat helpful link untuk mendapatkan idea dan cara dalam menghasilkan kualiti penulisan yang baik.
    Terima Kasih di atas perkongsian yang terbaik ini.

    ReplyDelete