Tuesday, January 15, 2013

Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengitirafan ALUMNI


Selain mementingkan kecemerlangan akademik, UTM turut menitikberatkan kecemerlangan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan. Penglibatan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan dapat meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam pengurusan organisasi, semangat patriotik, berkomunikasi, keintelektualan dan kepimpinan. Ini dapat membentuk sahsiah mahasiswa yang seimbang antara akademik dan bukan akademik. Jumlah program mahasiswa pada tahun 2011 adalah sebanyak 766 program yang dikategorikan seperti berikut:
• Program Keusahawanan - 24 program.
• Program Global Outreach Programme (GOP) - 91 program.
• Program Khidmat Masyarakat - 45 program.

Antara program yang mempunyai impak tinggi ialah Biodiesel Expedition 2011 di mana seramai 65 orang mahasiswa UTM telah menaiki bas ke Laos sejauh 6,500 km pada 23 Mei hingga 4 Jun 2011. Ekspedisi ini merupakan ekspedisi mempromosikan penggunaan biodiesel sebagai bahan api berasaskan sumber alam yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjadikan hayat enjin kenderaan lebih panjang. Ekspedisi merentasi empat buah negara ini bukan sekadar dapat memperkenalkan kepakaran UTM dalam penyelidikan biodiesel malahan dapat memupuk semangat kerjasama dan daya juang mahasiswa UTM. Sepanjang 2011, mahasiswa UTM bertindak cemerlang dalam setiap aktiviti dan pertandingan yang disertai sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 

Pencapaian Antarabangsa 

Dalam Asian 5 Nation Cup in Hong Kong 2011, dua orang mahasiswa UTM berjaya mewakili Ragbi Malaysia. Dalam Nation Cup Net Ball in Singapore 2011 yang berlangsung pada 1-4 Disember 2011, empat pemain UTM terpilih mewakili Malaysia dalam acara bola jaring. Seramai empat usahawan terdiri daripada mahasiswa UTM terpilih menyertai Explorasi Niaga 2011 di Vietnam pada 9-14 September 2011 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keusahawanan Universiti-Universiti Malaysia (MAKMUM). Sepuluh orang mahasiswa UTM mewakili Malaysia di Sukan SEA ke-26 2011 di Jakarta-Palembang, Indonesia dalam acara judo, bola tampar, lawan pedang (sencing) dan rowing. Dua daripada 10 orang mahasiswa UTM tersebut telah memenangi dua pingat gangsa dalam acara judo (satu gangsa lelaki bawah 90 kg, satu gangsa wanita bawah 63 kg). Seorang mahasiswa UTM mewakili Malaysia dalam acara catur di World University Games (WUG) di Shenzen, China pada 11-23 Ogos 2011.


No comments:

Post a Comment