Ke Arah Universiti Berkualiti
Sementara itu, pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) bagi UTM bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:
Secara umumnya, UTM telah berjaya dengan cemerlang mencapai hampir semua petunjuk prestasi yang telah ditetapkan. Namun, masih ada aspek yang masih belum mencapai sasaran kerana sasaran yang ditetapkan sebenarnya mengatasi keperluan untuk memenuhi prestasi sesebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia. UTM telah mencapai kedudukan 190 dalam bidang kejuruteraan dan teknologi dalam QS World University Engineering & Technology Ranking 2011 daripada kedudukan 100 yang disasarkan. Justeru itu, UTM juga telah melaksanakan strategi impactful presence dengan menyertai sesuatu ranking dan meletakkannya sebagai satu prosedur penanda aras yang tidak rasmi bagi membolehkan UTM mengenal pasti kelemahan dan kekuatan berasaskan amalan terbaik dalam kalangan universiti ternama dunia. Hasilnya UTM telah berjaya menduduki tempat pertama di Malaysia dalam ranking empat International Colleges and Universities (4ICU) World University Ranking dan Webometric University Rankings pada Julai 2011. Strategi ini telah memantapkan penglibatan UTM di persada antarabangsa.
No comments:
Post a Comment