Tuesday, January 8, 2013

Gerak Kerja 2011



UTM menggalakkan perubahan minda serta pendekatan kerja yang lebih entrepreneurial, inovatif dan berkesan, di samping menjalinkan hubungan strategik merentasi disiplin, institusi dan sempadan geopolitik. Berpandukan konsep 'Akademia Baru', UTM telah bergerak menjadi sebuah Universiti Penyelidikan berteraskan keusahawanan (entrepreneurial research university) dan sepanjang tahun 2011, konsep Universiti Penyelidikan berteraskan keusahawanan ini telah diperincikan di setiap dimensi termasuk dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi, pembangunan mahasiswa, pengurusan universiti, pengurusan kewangan dan kemudahan
kampus.

Konsep Akademia Baru adalah satu kerangka baru yang membawa dimensi dan penyegaran kepada penghayatan ilmu dalam bentuk yang bersepadu, lebih dinamik dan berimpak yang tidak terlalu bergantung kepada paradigm akademik yang konvensional. Akademia Baru juga merupakan kerangka pedagogi baru untuk membolehkan mahasiswa mempelajari sesuatu secara lebih menyeluruh dan multi discipline agar penghayatan dan aplikasi ilmu akan lebih bermakna dan berhikmah.

No comments:

Post a Comment