Sunday, January 13, 2013

Pascasiswazah

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Jadual di sebelah menunjukkan analisis pengambilan mahasiswa mengikut taraf warga negara bagi tahun 2011. Seramai 2,264 orang mahasiswa baru telah mendaftar bagi sesi pengajian 2011/2012. Daripada jumlah tersebut, bilangan mahasiswa peringkat sarjana yang mendaftar mengatasi bilangan mahasiswa peringkat kedoktoran iaitu 1,633 orang, (72.13 peratus) manakala seramai 631 (27.87 peratus) mahasiswa baru mendaftar bagi pengajian peringkat kedoktoran. Daripada 631 orang mahasiswa kedoktoran tersebut, seramai 236 orang (37.4 peratus) adalah mahasiswa antarabangsa manakala 395 orang (63.6 peratus) adalah mahasiswa tempatan. Daripada 1,633 orang mahasiswa sarjana, 546 orang (33.44 peratus) adalah mahasiswa antarabangsa manakala 1,087 orang (66.56 peratus) adalah mahasiswa tempatan.


Pada pengambilan tahun 2011 dapat dirumuskan bahawa pengambilan mahasiswa tempatan mengatasi mahasiswa antarabangsa dengan peratus mahasiswa tempatan sebanyak 65.46 peratus berbanding antarabangsa sebanyak 34.54 peratus. Berdasarkan jadual di bawah, bidang Kejuruteraan mempunyai peratus pengambilan mahasiswa paling tinggi iaitu sebanyak 39.44 peratus berbanding dengan bidang lain tetapi peratusnya tidak jauh berbeza jika berbanding dengan bidang lain iaitu 35.73 peratus untuk Sains dan Teknologi dan 24.78 peratus untuk Sains Sosial. Pengambilan mahasiswa tempatan dalam bidang Kejuruteraan mencatat pengambilan mahasiswa tertinggi iaitu 394 orang bagi sarjana dan 203 orang bagi Ph.D. Manakala bagi mahasiswa antarabangsa, pengambilan tertinggi bagi sarjana adalah dalam bidang Sains & Teknologi iaitu sebanyak 249 orang dan bagi Ph.D adalah bidang Kejuruteraan iaitu seramai 95 orang.



Enrolmen mahasiswa pasca siswazah UTM sentiasa meningkat daripada tahun ke tahun. Pada tahun 2011, UTM mempunyai seramai 10,888 mahasiswa iaitu 3,439 (31.59 peratus) mahasiswa peringkat kedoktoran dan 7,449 (68.41 peratus) mahasiswa peringkat sarjana. Rajah di bawah menunjukkan enrolmen mahasiswa mengikut peringkat pengajian.



Bilangan mahasiswa tempatan seramai 7,166 orang mahasiswa (74.56 peratus) adalah lebih ramai berbanding mahasiswa antarabangsa iaitu seramai 3,722 orang mahasiswa (34.18 peratus). Rajah di bawah menunjukkan enrolmen mahasiswa pascasiswazah mengikut peringkat pengajian dan taraf kewarganegaraan.



Mahasiswa kerja kursus merupakan kumpulan komposisi utama mahasiswa sarjana iaitu seramai 4,655 orang mahasiswa (63 peratus). Selebihnya, iaitu seramai 1,576 orang mahasiswa (21 peratus) terdiri daripada mahasiswa penyelidikan manakala seramai 1,218 orang mahasiswa (16 peratus) mengikuti pengajian secara mod campuran.



Rajah berikut menunjukkan komposisi mahasiswa mengikut bidang pengajian di mana seramai 3,848 orang mahasiswa (35.34 peratus) terdiri daripada mahasiswa bidang kejuruteraan, 3,837 orang mahasiswa (35.24 peratus) dari bidang Sains dan Teknologi manakala seramai 3,203 orang mahasiswa (29.42 peratus) terdiri daripada bidang Sains Sosial. Bagi peringkat kedoktoran, bidang sains dan teknologi mempunyai bilangan mahasiswa tertinggi iaitu seramai 35.16 peratus manakala bagi peringkat sarjana, bidang kejuruteraan merupakan bidang yang mempunyai bilangan tertinggi, iaitu sebanyak 34.85 peratus.


Rajah berikut pula menunjukkan pecahan enrolmen mahasiswa berdasarkan bidang mengikut taraf warga negara. Dalam kalangan mahasiswa tempatan, bilangan mahasiswa yang mengikuti bidang kejuruteraan adalah lebih ramai 2,424 orang iaitu 33.83% daripada keseluruhan mahasiswa tempatan berbanding bidang sains dan teknologi 2,331 dan sains sosial 2,411. Majoriti mahasiswa antarabangsa mengikuti pengajian dalam bidang pengajian sains dan teknologi iaitu seramai 1,506 (38.26%) manakala seramai 1,424 mahasiswa mengikuti bidang kejuruteraan. Seramai 792 mahasiswa pula mengikuti pengajian dalam bidang Sains Sosial.







No comments:

Post a Comment