Lima orang mahasiswa telah dihantar ke Universiti Harvard, Amerika Syarikat bagi mengikuti program summer school selama lapan minggu. Program di Universiti Harvard ini adalah sebagai langkah dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa terhadap persekitaran antarabangsa, supaya mempunyai lebih keyakinan diri, meluaskan jaringan antarabangsa dan seterusnya meningkatkan program pengantarabangsaan UTM.
Mahasiswa yang terpilih telah menjalani saringan melalui penulisan esei dan temubual. Mahasiswa tersebut mengambil empat kredit mata pelajaran mengikut bidang masing-masing. Inisiatif ini adalah selaras dengan dasar pengantarabangsaan UTM untuk memberi pengalaman antarabangsa kepada mahasiswa agar mereka berfikiran kritis dan global khususnya dalam berdepan dalam ekonomi dunia hari ini. Mahasiswa yang berjaya menamatkan program ini perlu membentangkan pengalamannya dalam Seminar Global Outreach yang diadakan setiap tahun untuk dimanafaatkan dan dikongsi bersama mahasiswa lain.
Peserta program Harvard Summer School bersama Datuk Naib Canselor.
No comments:
Post a Comment