Friday, January 18, 2013

Penerbitan Berimpak Tinggi

Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan

Penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi menjadi antara agenda utama UTM. Ini kerana reputasi sesebuah universiti dan ahli akademik, terutamanya dalam bidang Sains dan Tekonologi biasanya dinilai berasaskan kepada keupayaan menerbitkan makalah dalam jurnal berimpak tinggi dan citation. Menerusi dana Universiti Penyelidikan, UTM berupaya meningkatkan kualiti penerbitan dalam jurnal impak tinggi. Tumpuan telah diberikan kepada aktiviti penerbitan berindeks impak tinggi serta rujukan (citation). Selain latihan penerbitan dalam aspek penulisan, usaha meningkatkan penerbitan juga diadakan dengan mewujudkan penyeliaan bersama dengan profesor terkenal dalam sesuatu bidang dan memperkenal serta mempromosi ahli akademik UTM untuk meningkatkan citation. Pihak Pengurusan UTM telah memikir dan menggubal pelbagai kaedahan dari segi strategi, dasar, dan pelan tindakan berkaitan bagi meningkatkan penerbitan dalam jurnal berfaktor impak tinggi seperti berikut:

• Melaksanakan syarat baru perlantikan Profesor Pelawat mestilah dalam kalangan mereka yang boleh membantu staf UTM menerbitkan makalah dalam jurnal impak tinggi, sekurang-kurangnya satu makalah dengan IF 1.0 setiap kali lawatan.

• Mengenal pasti dan mengadakan kerjasama erat dengan 30 orang Ketua Editor jurnal ternama (tiga untuk setiap Research Alliance) untuk membantu staf UTM menerbitkan makalah dalam jurnal impak tinggi.

• Memperluaskan lagi pelaksanaan inisiatif meningkatkan jumlah penerbitan berindeks, khususnya dalam jurnal ISI menerusi penggunaan format baru tesis sarjana dan kedoktoran dengan sasaran 500 tesis pada 2011.

• Insentif peningkatan faktor impak penerbitan artikel dalam jurnal berindeks ISI menerusi galakan kewangan dan pakej latihan dengan pembiayaan sebanyak RM1.5 juta.

• Melaksanakan secara lebih meluas dasar kenaikan pangkat jawatan staf akademik dengan syarat minimum penerbitan artikel dalam jurnal berindeks sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik UTM 2010. Rajah berikut menunjukkan UTM telah berjaya meningkatkan penerbitan berimpak tingginya terutamanya setelah memperolehi status Universiti Penyelidikan.


Jumlah penerbitan dengan jumlah faktor impak (CIF) yang dicapai adalah 710 pada tahun 2011 berbanding
yang disasarkan hanya 500. Jumlah citation (SCOPUS) juga sangat membanggakan dengan pencapaian 3,791 berbanding sasaran 3,000.

Berikut merupakan sepuluh penerbitan teratas dengan faktor impak tinggi yang telah dihasilkan dalam
tahun 2011:

Thursday, January 17, 2013

Penyertaan Pameran dan Penerimaan Anugerah

Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan

Tahun 2011 telah menyaksikan kejayaan penyelidik UTM memenangi beberapa anugerah khas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penerimaan beberapa anugerah berprestij ini merupakan usaha berterusan para penyelidik untuk meningkatkan kualiti penyelidikan agar lebih dinamik dan berdaya saing di peringkat global. Perincian anugerah yang dimenangi oleh UTM pada tahun 2011 adalah seperti di Jadual berikut:



Syarikat Hiliran (Spin off Companies)


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Aspek pengkomersialan terhadap penyelidikan yang dijalankan oleh universiti juga memerlukan peranan industri untuk merealisasikannya. Sehingga kini, universiti telah menubuhkan 12 buah syarikat spin-off yang dapat membantu aktiviti pengkomersilan. Berikut merupakan senarai syarikat spin-off.



Pengkomersilan, Perundingan dan Sumbangan kepada Pendapatan Universiti


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Pada tahun 2011, UTM telah berjaya melaksanakan sebanyak 54 projek perundingan yang melibatkan nilaian RM10,129,513.00 dengan agensi-agensi Kerajaan, syarikat swasta dan lain-lain. 33 projek komersilisasi yang melibatkan nilaian RM192,640.00 pada tahun 2011 merupakan suatu peningkatan dari 25 projek komersilisasi yang melibatkan nilaian RM171,772.74 pada tahun 2010. Peningkatan aktiviti ini adalah selari dengan matlamat ke arah universiti penyelidikan berteraskan keusahawanan.

Wednesday, January 16, 2013

Perlindungan Harta Intelek


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Sehingga Disember 2011, sebanyak 2,185 reka cipta atau inovasi telah memperoleh hak perlindungan harta intelek di Malaysia dan daripada jumlah tersebut sebanyak 158 adalah hasil perlindungan harta intelek yang diuruskan sepanjang tahun 2011. Jadual berikut menunjukkan penjanaan harta intelek UTM bagi tahun 2011.



Perolehan Geran


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


Geran penyelidikan merupakan salah satu aspek kritikal bagi memastikan projek penyelidikan dapat berjalan dengan lancar. Sehingga tahun 2011, UTM telah memperoleh peruntukan sebanyak RM103,495,190.30 untuk menguruskan 1,196 projek penyelidikan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM45,478,904.48 telah dibelanjakan sepanjang tahun 2011 untuk menguruskan projek-projek penyelidikan yang diluluskan oleh beberapa organisasi seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pengajian Tinggi, agensi-agensi Kerajaan, sektor swasta dan institusi antarabangsa. Perincian perolehan geran penyelidikan UTM bagi tahun 2011 adalah seperti rajah berikut:



Pengurusan Penyelidikan, Perundingan dan Inovasi


Kecemerlangan Penyelidikan, Perundingan, Inovasi & Penerbitan


UTM telah memperkasa aktiviti penyelidikan dan perundingan serta memantapkan inovasi yang menjadi tunjang utama aktiviti universiti selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik bersekutu yang mempunyai Pusat-pusat kecemerlangan di bawahnya telah menjalankan fungsinya dalam menguruskan aktiviti penyelidikan supaya lebih mantap dan terarah.


Pusat-pusat Kecemerlangan di UTM yang telah mendapat pengiktirafan seperti berikut:

• Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies (IIS) telah diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan NanoMalaysia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)

• Lima makmal di UTM telah diiktiraf sebagai Bionexus Partner Status Laboratories oleh Malaysia Biotechnology Corporation (BiotechCorp) yang mempunyai kepakaran khusus dalam Metabolic Profiling, Herbal & Phytochemical Processing, Bioprocessing, Wastewater Treatment and High Temperature Laboratories yang memangkinkan aktiviti penyelidikan untuk bidang bioteknologi.




Pengiktirafan ALUMNI

Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengitirafan ALUMNI

Pada tahun 2011, Unit Perhubungan ALUMNI telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti selain daripada program tahunan yang melibatkan Alumni UTM termasuk juga program-program di bawah penganjuran SIG ALUMNI. Antara objektif program yang dijalankan adalah seperti berikut:
• Sebagai platform bagi mengumpul ALUMNI UTM yang berjaya, di samping dapat mengerat dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ALUMNI dan Universiti Teknologi Malaysia.
• Membina perkongsian pintar melalui pertukaran maklumat dan sumber data bagi kepentingan pembangunan bersama.
• Mengumpul dana bagi Tabung Endowmen ALUMNI melalui sumbangan ALUMNI UTM.
• Mengadakan majlis menandatangani MoU di antara syarikat yang dimiliki oleh ALUMNI UTM yang berjaya dengan Universiti Teknologi Malaysia.
• Menjalinkan usahasama antara ALUMNI melalui pelbagai fungsi perkhidmatan dan peranan.
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada ALUMNI UTM yang berjaya.
• Membina rangkaian strategik.

Diantara pencapaian ALUMNI UTM terbilang pada tahun 2011 ialah:
• Tuan Haji Burhanuddin Md. Radzi, Pengarah Urusan, Les' Copaque Production Sdn Bhd - Anugerah Khas Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) - Awani Tun Dr. Mahathir.
• Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Material and Manufacturing, Pejabat TNC (P&I) Universiti Teknologi Malaysia - Anugerah Inovasi Negara 2011 Kategori Produk sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE).
• Dato' Prof Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib CanselorUniversiti Teknologi Malaysia - Tokoh Maal Hijrah 1433/2011 Negeri Sembilan.
• Ir. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi, Pengarah PROSPECT, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia - Award Sir Frederick Warner Prize.


Pencapaian Peringkat Kebangsaan


Aktiviti Kreativiti dan Debat

Dalam World Universities Peace Invitational Debate (WUPID) in Bahasa Melayu 2011 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UTM berjaya menjadi Naib Johan. Aktiviti Khidmat Masyarakat Sepanjang Januari hingga Disember 2011, sebanyak 54 program Khidmat Masyarakat dan Motivasi serta Pendidikan dijalankan melibatkan 2,100 orang mahasiswa UTM Johor manakala 16 program dijalankan melibatkan 610 orang mahasiswa UTM Kuala Lumpur. Antaranya Khidmat Masyarakat dan Pendidikan YTM Tunku Abdul Rahman 2011 (PUTRA'11), Khidmat Pendidikan dan Khidmat Komuniti KTR (PENITI 11), NURKASIH - Khidmat Masyarakat OKU. Sepanjang tahun 2011, sebanyak 11 Lawatan Akademik Luar Negara melibatkan 193 UTM Johor Bahru dan 27 UTM Kuala Lumpur. Antaranya Lawatan Akademik Brunei Darussalam Permodenan Teknologi dan Integrasi Kebudayaan Ke Timur, Waste 2 Wealth @ Mindanao 2011 di Mindanao, Filipina, Eco Culture Challenge @ Himalaya 2011 di Kathmandu, Nepal, Lawatan Akademik ke Korea 2011, dan Road to United Kingdom 2011.

Aktiviti Sukan

UTM bertindak cemerlang dalam sukan, apabila berjaya menjadi johan dalam Kejohanan Bola Tampar Lelaki Jemputan IPT 2011 di UMP Pahang dan Pesta Bola Jaring USM IPT 2011. UTM berjaya memenangi empat pingat perak, satu pingat gangsa dalam MASUM 2011 yang berlangsung pada 22-26 Jun 2011 di Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya. UTM berjaya memenangi lima pingat emas (empat bagi acara karate-do, satu bagi acara silat) empat perak (dua bagi acara karate-do, satu bagi acara bola tampar wanita, satu sepak takraw), sembilan pingat gangsa (satu bagi acara ragbi, dua bagi acara bola baling, satu bagi acara hoki wanita, satu bagi acara silat, satu bagi acara bola tampar lelaki, tiga bagi acara karate-do) di Karnival Sukan MASUM 2011. Varsity Boat Race 2011 yang berlangsung pada Ogos 2011 di Putrajaya, UTM berjaya memenangi Rowing: dua emas dan satu gangsa dalam acara rowing dan satu emas, dua perak, satu gangsa dalam acara kayak.

Aktiviti Kesenian

Dalam bidang kesenian, UTM bertindak cemerlang dalam Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat IPT 2011 pada 10-13 Oktober 2011 apabila berjaya menjadi johan Qari dan Johan Kategori Khat Nasakh serta Naib Johan Pertandingan Reka bentuk Idea Seni Bina Masjid (PRISMA) anjuran bersama UTM & Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia (MAKUM). Pada 26 November 2011, UTM berjaya dianugerahkan The Best Traditional Dance dalam 1World Culture: International Students Cultural Festival 2011 bertempat di Nilai University College, Negeri Sembilan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Mahasiswa UTM merupakan Naib Johan dalam Festival Zapin Peringkat IPT 2011 yang berlangsung pada
22-24 Disember 2011 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).

Pembangunan Keusahawanan Mahasiswa

Pada 6-11 Julai 2011, Kelab Usahawan UTM telah menyertai Pertandingan SIFE peringkat kebangsaan 2011 anjuran bersama MITI & SME Bank dan berjaya ke peringkat separuh akhir. Pada 28-30 Oktober 2011, Kelab Usahawan UTM telah menyertai Pertandingan Keusahawanan Peringkat IPTA/IPTS - Setup Weekend bersama DIGI Zon Selatan 2011 anjuran bersama DIGI dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut. 



Tuesday, January 15, 2013

Aktiviti, Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengitirafan ALUMNI


Selain mementingkan kecemerlangan akademik, UTM turut menitikberatkan kecemerlangan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan. Penglibatan mahasiswa dalam kegiatan berpersatuan dapat meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam pengurusan organisasi, semangat patriotik, berkomunikasi, keintelektualan dan kepimpinan. Ini dapat membentuk sahsiah mahasiswa yang seimbang antara akademik dan bukan akademik. Jumlah program mahasiswa pada tahun 2011 adalah sebanyak 766 program yang dikategorikan seperti berikut:
• Program Keusahawanan - 24 program.
• Program Global Outreach Programme (GOP) - 91 program.
• Program Khidmat Masyarakat - 45 program.

Antara program yang mempunyai impak tinggi ialah Biodiesel Expedition 2011 di mana seramai 65 orang mahasiswa UTM telah menaiki bas ke Laos sejauh 6,500 km pada 23 Mei hingga 4 Jun 2011. Ekspedisi ini merupakan ekspedisi mempromosikan penggunaan biodiesel sebagai bahan api berasaskan sumber alam yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjadikan hayat enjin kenderaan lebih panjang. Ekspedisi merentasi empat buah negara ini bukan sekadar dapat memperkenalkan kepakaran UTM dalam penyelidikan biodiesel malahan dapat memupuk semangat kerjasama dan daya juang mahasiswa UTM. Sepanjang 2011, mahasiswa UTM bertindak cemerlang dalam setiap aktiviti dan pertandingan yang disertai sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. 

Pencapaian Antarabangsa 

Dalam Asian 5 Nation Cup in Hong Kong 2011, dua orang mahasiswa UTM berjaya mewakili Ragbi Malaysia. Dalam Nation Cup Net Ball in Singapore 2011 yang berlangsung pada 1-4 Disember 2011, empat pemain UTM terpilih mewakili Malaysia dalam acara bola jaring. Seramai empat usahawan terdiri daripada mahasiswa UTM terpilih menyertai Explorasi Niaga 2011 di Vietnam pada 9-14 September 2011 anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Majlis Keusahawanan Universiti-Universiti Malaysia (MAKMUM). Sepuluh orang mahasiswa UTM mewakili Malaysia di Sukan SEA ke-26 2011 di Jakarta-Palembang, Indonesia dalam acara judo, bola tampar, lawan pedang (sencing) dan rowing. Dua daripada 10 orang mahasiswa UTM tersebut telah memenangi dua pingat gangsa dalam acara judo (satu gangsa lelaki bawah 90 kg, satu gangsa wanita bawah 63 kg). Seorang mahasiswa UTM mewakili Malaysia dalam acara catur di World University Games (WUG) di Shenzen, China pada 11-23 Ogos 2011.


Monday, January 14, 2013

Kebolehpasaran Siswazah

Konvokesyen dan Kebolehpasaran Siswazah

Matlamat kebolehpasaran siswazah ini meliputi usaha bagi membina upaya graduan berjaya untuk mendapat pekerjaan, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran sekaligus memiliki nilai dan ciri-ciri yang dikehendaki industri. Penerapan kemahiran keusahawanan, menjalin kerjasama rapat dengan industri bagi penempatan mahasiswa menjalani latihan industri, membuka peluang melalui pendedahan pedagogi dan pembelajaran melalu pengalaman (experiential learning) adalah antara inisiatif yang dijalankan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah UTM. Selain itu, mahasiswa digalakkan untuk mencipta pekerjaan bagi melahirkan usahawan atau graduan yang bekerja sendiri yang mampu menyumbang kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi Negara tanpa berharap atau menanti peluang pekerjaan. Kebolehpasaran siswazah UTM telah melebihi sasaran di mana 76 peratus graduannya telah berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. 

Salah satu daripada aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah menghasilkan graduan berkualiti dan berketrampilan; memenuhi aspek kebolehpasaran mengikut permintaan industri; keupayaan mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan; dan kemampuan graduan memberikan sumbangan kepada masyarakat. Sehubungan itu, UTM telah mengambil inisiatif antara lainnya dalam meningkatkan kurikulum yang relevan supaya mahasiswa mampu berdaya saing dalam menghadapi persaingan global. Ianya juga bermatlamat untuk memastikan semua mahasiswa mendapat manafaat daripada pengalaman pembelajaran yang berkualiti sejajar dengan keperluan individu, ekonomi dan masyarakat.

Program Kerjasama dan Program Eksekutif

Konvokesyen dan Kebolehpasaran Siswazah

Pada tahun 2011, jumlah graduan program kerjasama dan program eksekutif di bawah pengurusan UTMSPACE adalah masing-masing seramai 563 dan 486 orang graduan. Sehingga tahun 2011, jumlah graduan program kerjasama adalah seramai 10,790 orang. Rajah di bawah menunjukkan jumlah graduan program kerjasama UTM dari tahun 1996 hingga 2011.




Jumlah Graduan UTM Sehingga 2011

Konvokesyen dan Kebolehpasaran Siswazah

Sehingga tahun 2011, jumlah graduan UTM adalah seramai 145,565 orang. Jadual di bawah menunjukkan jumlah graduan UTM dari tahun 1972 hingga 2011 mengikut peringkat pengajian.


Pada tahun 2011, UTM telah melahirkan seramai 6,929 orang graduan termasuk 652 orang graduan antarabangsa pada konvokesyen ke-46 pada 26 -27 Mac 2011 dan konvokesyen ke-47 pada 24-26 September 2011. Jadual di bawah menunjukkan maklumat graduan untuk Majlis Konvokesyen ke-46 dan ke-47.




Pada tahun 2011, terdapat pertambahan jumlah graduan antarabangsa berikutan peningkatan jumlah enrolmen bagi mahasiswa antarabangsa khususnya bagi program pascasiswazah. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan bilangan mahasiswa antarabangsa bergraduan pada tahun 2010 dan 2011.




Universiti turut memberi pengiktirafan dan anugerah khas kepada graduan-graduan cemerlang. Berikut adalah senarai nama penerima anugerah kecemerlangan akademik 2011.














Konvokesyen dan Kebolehpasaran Siswazah


Majlis Konvokesyen ke-46 telah diadakan pada 26-27 Mac 2011 selama dua hari di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pada Majlis Konvokesyen ini, DYMM Tuanku Canselor telah berkenan mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor. Universiti juga telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan kepada YBhg. Prof. Dr. Ir. Mohammad Nuh, Menteri Pendidikan Nasional Indonesia. Seorang lagi tokoh akademik yang juga mantan staf UTM telah dianugerahkan Gelaran Profesor Emeritus, iaitu YBhg. Prof. Dato' Ir. Zainai bin Mohamed, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 

Majlis Konvokesyen ke-47 telah diadakan pada 24-26 September 2011 selama tiga hari (enam sesi). Pada Majlis Konvokesyen ini, DYMM Tuanku Canselor telah berkenan mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor yang baru iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Awang. Universiti juga telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Awam kepada YAB Tun (Dr.) Abdullah bin Ayub, mantan Pro-Canselor UTM. Seorang lagi tokoh akademik yang juga mantan staf UTM telah dianugerahkan Gelaran Profesor Emeritus, iaitu YBhg. Prof. Dato' Dr. Ismail bin Bakar yang juga merupakan mantan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Program Eksekutif

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Selain program pengajian separuh masa UTMSPACE turut bertanggungjawab mengendalikan program eksekutif dan rajah di bawah menunjukkan statistik enrolmen program eksekutif tahun 2007-2011.


Program pengajian UTMSPACE

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Untuk memastikan UTM menyumbang kepada pengajian sepanjang hayat sebagaimana teras PSPTN dan dalam melaksanakan kerangka Akademia Baru UTMSPACE, sebagai sebuah entiti Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) milik penuh UTM, telah menumpukan kepada pembangunan program pembelajaran sepanjang hayat. UTMSPACE telah berjaya meningkatkan jumlah enrolmen mahasiswa program pengajian separuh masa kepada 7,010 orang mahasiswa pada tahun 2011 dan rajah di bawah menunjukkan peningkatan enrolmen tersebut dari tahun 1996-2011.


Enrolmen Mahasiswa Program Kerjasama

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Universiti telah menjalin kerjasama dengan beberapa pihak, antaranya Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Universiti Pertahanan Negara Malaysia (UPNM) dan Kolej Tentera Udara (KTU). Jumlah enrolmen di bawah Program Kerjasama bagi tahun 2009 hingga 2011 adalah seperti di dalam rajah di bawah.


Sunday, January 13, 2013

Pra-Siswazah (Sepenuh Masa)

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Enrolmen mahasiswa pra-siswazah bagi program Sarjana Muda bagi sesi akademik 2011/2012 adalah seramai 12,955 orang. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan jumlah enrolmen mahasiswa prasiswazah bagi tahun 2009, 2010 dan 2011. Universiti giat mempromosikan program pra-siswazah untuk pengambilan mahasiswa luar negara. Ini merupakan sebahagian usaha ke arah memantapkan program pengantarabangsaan seperti mana digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.


Bagi sesi akademik 2011/2012 enrolmen mahasiswa antarabangsa seramai 713 orang dari 38 buah negara telah mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda. Peningkatan mahasiswa antarabangsa telah memberi ruang kepada mahasiswa tempatan mendapat pelbagai manfaat terutamanya daripada segi komunikasi, jaringan dan pendedahan kepada pelbagai latar budaya. Rajah di bawah menunjukkan peningkatan jumlah enrolmen mahasiswa antarabangsa dari sesi akademik 2003/2004 sehingga 2011/2012.




Pascasiswazah

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Jadual di sebelah menunjukkan analisis pengambilan mahasiswa mengikut taraf warga negara bagi tahun 2011. Seramai 2,264 orang mahasiswa baru telah mendaftar bagi sesi pengajian 2011/2012. Daripada jumlah tersebut, bilangan mahasiswa peringkat sarjana yang mendaftar mengatasi bilangan mahasiswa peringkat kedoktoran iaitu 1,633 orang, (72.13 peratus) manakala seramai 631 (27.87 peratus) mahasiswa baru mendaftar bagi pengajian peringkat kedoktoran. Daripada 631 orang mahasiswa kedoktoran tersebut, seramai 236 orang (37.4 peratus) adalah mahasiswa antarabangsa manakala 395 orang (63.6 peratus) adalah mahasiswa tempatan. Daripada 1,633 orang mahasiswa sarjana, 546 orang (33.44 peratus) adalah mahasiswa antarabangsa manakala 1,087 orang (66.56 peratus) adalah mahasiswa tempatan.


Pada pengambilan tahun 2011 dapat dirumuskan bahawa pengambilan mahasiswa tempatan mengatasi mahasiswa antarabangsa dengan peratus mahasiswa tempatan sebanyak 65.46 peratus berbanding antarabangsa sebanyak 34.54 peratus. Berdasarkan jadual di bawah, bidang Kejuruteraan mempunyai peratus pengambilan mahasiswa paling tinggi iaitu sebanyak 39.44 peratus berbanding dengan bidang lain tetapi peratusnya tidak jauh berbeza jika berbanding dengan bidang lain iaitu 35.73 peratus untuk Sains dan Teknologi dan 24.78 peratus untuk Sains Sosial. Pengambilan mahasiswa tempatan dalam bidang Kejuruteraan mencatat pengambilan mahasiswa tertinggi iaitu 394 orang bagi sarjana dan 203 orang bagi Ph.D. Manakala bagi mahasiswa antarabangsa, pengambilan tertinggi bagi sarjana adalah dalam bidang Sains & Teknologi iaitu sebanyak 249 orang dan bagi Ph.D adalah bidang Kejuruteraan iaitu seramai 95 orang.



Enrolmen mahasiswa pasca siswazah UTM sentiasa meningkat daripada tahun ke tahun. Pada tahun 2011, UTM mempunyai seramai 10,888 mahasiswa iaitu 3,439 (31.59 peratus) mahasiswa peringkat kedoktoran dan 7,449 (68.41 peratus) mahasiswa peringkat sarjana. Rajah di bawah menunjukkan enrolmen mahasiswa mengikut peringkat pengajian.



Bilangan mahasiswa tempatan seramai 7,166 orang mahasiswa (74.56 peratus) adalah lebih ramai berbanding mahasiswa antarabangsa iaitu seramai 3,722 orang mahasiswa (34.18 peratus). Rajah di bawah menunjukkan enrolmen mahasiswa pascasiswazah mengikut peringkat pengajian dan taraf kewarganegaraan.



Mahasiswa kerja kursus merupakan kumpulan komposisi utama mahasiswa sarjana iaitu seramai 4,655 orang mahasiswa (63 peratus). Selebihnya, iaitu seramai 1,576 orang mahasiswa (21 peratus) terdiri daripada mahasiswa penyelidikan manakala seramai 1,218 orang mahasiswa (16 peratus) mengikuti pengajian secara mod campuran.



Rajah berikut menunjukkan komposisi mahasiswa mengikut bidang pengajian di mana seramai 3,848 orang mahasiswa (35.34 peratus) terdiri daripada mahasiswa bidang kejuruteraan, 3,837 orang mahasiswa (35.24 peratus) dari bidang Sains dan Teknologi manakala seramai 3,203 orang mahasiswa (29.42 peratus) terdiri daripada bidang Sains Sosial. Bagi peringkat kedoktoran, bidang sains dan teknologi mempunyai bilangan mahasiswa tertinggi iaitu seramai 35.16 peratus manakala bagi peringkat sarjana, bidang kejuruteraan merupakan bidang yang mempunyai bilangan tertinggi, iaitu sebanyak 34.85 peratus.


Rajah berikut pula menunjukkan pecahan enrolmen mahasiswa berdasarkan bidang mengikut taraf warga negara. Dalam kalangan mahasiswa tempatan, bilangan mahasiswa yang mengikuti bidang kejuruteraan adalah lebih ramai 2,424 orang iaitu 33.83% daripada keseluruhan mahasiswa tempatan berbanding bidang sains dan teknologi 2,331 dan sains sosial 2,411. Majoriti mahasiswa antarabangsa mengikuti pengajian dalam bidang pengajian sains dan teknologi iaitu seramai 1,506 (38.26%) manakala seramai 1,424 mahasiswa mengikuti bidang kejuruteraan. Seramai 792 mahasiswa pula mengikuti pengajian dalam bidang Sains Sosial.







Statistik Mahasiswa

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Dari segi profil mahasiswa, strategi differentiation and high quality undergraduate telah dilaksanakan dengan jayanya. Program Perdana Ijazah Sarjana Muda mendapat sambutan hangat calon lepasan matrikulasi dan STPM. Purata kelayakan masuk ke program ijazah sarjana muda telah ditingkatkan kepada 3.47 pada sesi kemasukan 2011/2012. Peningkatan peratus mahasiswa pascasiswazah yang begitu menonjol dan transformatif juga adalah selaras dengan matlamat universiti untuk menjadi sebuah universiti yang memberi penumpuan kepada pengajian siswazah (graduate-focused university) dan penyelidikan (research university). 

UTM juga menonjol dalam kalangan universiti tempatan dari segi enrolmen mahasiswa pascasiswazah dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Ini menunjukkan betapa signifikan peranan UTM dalam konteks penjanaan modal insan, pembangunan Modal Baru Ekonomi (MBE) ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti. Peningkatan juga ketara dengan kehadiran 4,435 mahasiswa antarabangsa dan kedudukan ini menempatkan UTM sebagai universiti awam tertinggi dari segi jumlah dan peratus mahasiswa antarabangsa pada tahun 2011. Perkembangan positif dari segi jumlah kemasukan mahasiswa antarabangsa ke UTM secara tidak langsung menggambarkan keyakinan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap kualiti program yang ditawarkan di sini.

Wednesday, January 9, 2013

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Bagi menyokong usaha utuk mendapat calon yang baik dan cemerlang di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, selain strategi promosi yang telah dipergiatkan, kempen penerbitan iklan telah dilakukan secara agresif. Selain iklan program, iklan korporat telah giat dilakukan pada tahun 2011 sebagai satu strategi promosi untuk menjana kebolehpercayaan, meningkatkan reputasi dalam kalangan industri, dan penyerlahan penjenamaan yang bermatlamat untuk membina citra dan imej yang meyakinkan. 

Pengiklanan korporat juga telah dilakukan termasuklah di Lapangan Terbang KLIA dan pengiklanan di dalam majalah-majalah yang mendapat liputan dan jangkauan antarabangsa seperti Invest Malaysia 2011, Terbitan Focus International, The Report Malaysia 2010 - Siri Terbitan Oxford Business Group dan Reader's Digest selain pengiklanan ucapan tahniah dan penghargaan dalam akhbar-akhbar tempatan. Bagi tujuan strategi kelangsungan (viability), kebolehlihatan (visibility), dan seterusnya pengukuhan rakaman imej UTM di dalam minda audien, iklan korporat UTM telah diterbitkan di dalam majalah syarikat penerbangan, iaitu Going Places MAS sebanyak empat kali dan Travel 3Sixty, Air Asia sebanyak tiga kali. Artikel mengenai UTM juga diterbitkan dalam QS Showcase-Asia 2011 di mana UTM merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang telah diberikan liputan di dalam terbitan tersebut. 

UTM juga telah terlibat dalam menguruskan sebanyak 42 pameran pendidikan dalam negara, 21 kunjungan dan pameran di sekolah sekolah, 15 roadshow ke pusat-pusat matrikulasi di seluruh negara dan menerima 29 lawatan dari sekolah/maktab/kolej sepanjang tahun 2011. Di peringkat antarabangsa pula, sejumlah 31 lawatan impak dan pameran luar negara telah diadakan sepanjang tahun 2011. UTM juga telah menganjurkan beberapa program khas bagi tujuan mempromosikan UTM secara keseluruhan seperti dalam jadual berikut:


Selain itu, UTM turut membuat publisiti melalui media cetak dan juga media elektronik dengan memberi penekanan kepada aktiviti dan kejayaan UTM. Pada tahun 2011, sebanyak 88 jemputan media dikeluarkan bagi membuat liputan aktiviti dan program universiti manakala sembilan sidang media telah diadakan. Sepanjang tahun 2011, sebanyak 521 berita dan artikel berkaitan UTM telah disiarkan dalam tujuh akhbar utama seperti berikut:




Kemudahan Lengkap (State-of-the-art) Prasarana Digital

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

UTM dilengkapi dengan kemudahan state-of-the-art dan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran. Bagi mengangkasa inovasi, kemudahan rangkaian pengkomputeran prestasi tinggi (HPC), UTM disambungkan ke Trans-Eurasia Information Network 3 (TEIN3) di mana kapasiti dan kuasa pengkomputeran universiti dapat ditingkatkan tanpa melibatkan kos pembelian aset.
Infrastruktur dan rangkaian komputer UTM telah ditingkatkan melalui aktiviti berikut:

• Naik taraf jalur lebar pengguna ke internet kepada 511Mbps di UTM Johor Bahru.
• Penyambungan rangkaian Malaysian Research Networks (MyREN) dengan rangkaian UTM Johor Bahru menggunakan BGP.
• Penambahbaikan Rangkaian.
• Pemasangan WifiUTM2 fasa III.
• Projek kemudahan internet wired dan wireless di kolej kediaman dan unit/jabatan.

UTM juga telah melanggan dua pangkalan data petikan utama, iaitu Web of Science dan SCOPUS untuk
memperkasakan penerbitan berkualiti dan berimpak tinggi. Pangkalan data ini mengindeks artikel dari pelbagai jurnal, seminar/persidangan, dan prosiding terpilih daripada seluruh dunia.


Kedua-duanya mengindeks petikan untuk artikel dan Web of Science menyediakan maklumat jurnal berimpak melalui Journal Citation Report (JCR). Pautan kepada pangkalan data ini boleh dilayari di laman web Perpustakaan UTM:http://portal.psz. Jadual di atas menunjukkan penerbitan UTM dari tahun 2007 hingga 2011 melalui dua pangkalan data tersebut. Pedagogi pengajian berteraskan Akademia Baru berupaya menyediakan ekosistem yang mampu menjana peluang pekerjaan baru, membuka kesempatan baru, mengasah inovasi, menyubur kreativiti, dan menyediakan mahasiswa dengan kebolehan serta pengalaman untuk mencipta pekerjaan baru, sekaligus belajar bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain. Hasil akademik selepas menamatkan pengajian di UTM, tidak hanya memperoleh ijazah dan kepakaran dalam sesuatu bidang, malah dapat menguasai model perniagaan, pengumpulan modal, membina jaringan kerja, budaya kerja, penubuhan syarikat hiliran, hak cipta, dan keahlian profesional.



Senarai Fakulti/Sekolah/Pusat/Jabatan Baru

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Pada tahun 2011 sebanyak enam fakulti / Sekolah / Pusat / jabatan baru yang telah mendapat kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi sepertimana yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:


Program Baru yang Ditawarkan

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Bagi sesi akademik 2011/2012, sebanyak 16 program Diploma dan 56 program Sarjana Muda ditawarkan manakala 11 program baru dan dua pindaan semakan kurikulum telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.


Pinjaman Mikrokredit Mahasiswa

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

UTM menyediakan peruntukan RM1 juta menerusi skim pinjaman mikro kredit kepada mahasiswanya yang berminat untuk menjadi usahawan. Skim pinjaman tanpa faedah yang julung kali diperkenalkan itu bertujuan melahirkan lebih ramai penuntut UTM yang berjaya dalam bidang keusahawanan. Di peringkat permulaan, seramai 300 mahasiswa diberikan bantuan pinjaman berkenaan sekaligus menjadi perintis kepada usahawan dalam kalangan penuntut universiti itu pada masa akan datang. Mahasiswa juga digalakkan menjalankan perniagaan secara berkumpulan kerana ia lebih baik dan terjamin selain dapat berkongsi idea sesama mereka. Pihak universiti tidak hanya memberikan bantuan pinjaman, malah akan turut memberikan khidmat nasihat bagi memastikan perniagaan yang dijalankan oleh para peserta berjaya.

Pusat Inovasi Mahasiswa

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Pusat ini ditubuhkan untuk membantu semua fakulti untuk menjadikan program akademik, khususnya projek sarjana muda lebih inovatif, menarik dan berdaya saing. Pada setiap hujung semester, pertandingan inovasi diadakan dalam kalangan mahasiswa untuk membolehkan mereka bersaing dan sekali gus membentuk laporan tesis dari projek tersebut. Pusat ini juga dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan untuk membantu mahasiswa mengembangkan daya cipta dan daya reka dalam bentuk model dan prototaip.

MylinE

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

MyLinE (Sumber dalam Talian untuk Pembelajaran di dalam Bahasa Inggeris) merupakan satu portal sedia ada Kementerian Pengajian Tinggi yang diterajui oleh Universiti Teknologi Malaysia. Ia boleh diakses oleh semua pelajar di 20 universiti awam. Rajah di bawah menunjukkan pada tahun 2011 sahaja peningkatan pengunjung MyLinE begitu ketara di seluruh institusi pengajian tinggi dan trend yang sama juga dapat diperhatikan di UTM. Jadual di bawah menunjukkan jumlah penggunaan MyLinE oleh pengguna UTM berbanding dengan 19 institusi pengajian tinggi yang lain.



Secara keseluruhannya, MyLinE telah terkenal di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan secara tidak langsung telah memperkenalkan UTM sebagai salah sebuah universiti penyelidikan ternama di Malaysia.




Pembelajaran atas Talian (e-Learning)

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Bagi memperkasa lanskap pembelajaran, e-Learning telah diberi nafas baru dengan penglibatan UTM sebagai salah satu konsortium sumber kursus terbuka (open coursewares) yang dipelopori oleh universiti ternama, iaitu MIT. Sebanyak lebih 100 kursus terbuka telah dibangunkan pada tahun 2011. Open Coursewares (OCW) merupakan kumpulan bahan pembelajaran digital yang berkualiti tinggi berasaskan kursus yang ditawarkan di UTM. Bahan pembelajaran untuk format kursus yang lengkap meliputi nota syarahan, rancangan pembelajaran dan soalan latihan. Bahan pembelajaran yang dimuat naik di OCW boleh dilayari oleh semua pengguna Internet.

5 Excellent Track Program (5ETP)

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru : Program Summer School


5ETP adalah satu program elit dan unik yang julung-julung kali diperkenalkan di UTM selaras dengan Pelan Transformasi Mahasiswa UTM. Program ini direka bentuk khas bertujuan untuk memperkembangkan bakat, minat, kompetensi dan daya kreativiti mahasiswa secara holistik sepanjang pengajian di UTM. Terdapat lima Teras Program Kecemerlangan, iaitu:
• Akademik Nobel
• Sukan
• Kepimpinan
• Keusahawanan
• Tahfiz

Antara lain objektif utama program ini ialah memastikan supaya mahasiswa berupaya mengaplikasikan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman dengan cemerlang semasa dalam pengajian dan berkerjaya, seterusnya melahirkan saintis muda cemerlang, thinking atheletes, pemimpin mahasiswa, usahawan muda dan teknohafiz yang menjadi contoh serta duta UTM di peringkat global. Program ini telah dibuka kepada semua mahasiswa tahun satu peringkat ijazah Sarjana Muda sesi akademik 2011/2012, yang dihadkan kepada 50 orang mahasiswa terpilih sahaja dengan setiap teras terdiri daripada seramai 10 orang mahasiswa. 

Setiap mahasiswa yang terpilih akan mengikuti program teras kecemerlangan diri yang dirancang secara khusus dan sistematik sepanjang pengajian mereka. Mereka berpeluang mengikuti program kecemerlangan mahasiswa, menjadi duta UTM, dan menerima pelbagai insentif menarik daripada pihak universiti dan penaja. Program khas ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak universiti sepanjang pengajian.



Kajian Kes Harvard Business School

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru : Program Summer School

Bagi memberi nilai tambah terhadap keupayaan graduan UTM, kajian kes yang disediakan oleh Harvard Business School (HBS) telah diperkenalkan. Program ini melibatkan semua mahasiswa UTM di semua peringkat pengajian dan dilaksanakan pada setiap semester. Kaedah yang diperkenalkan dalam program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa terhadap pelbagai perspektif berkaitan dengan bidang pengajian masing-masing. Melalui kajian kes HBS, para mahasiswa akan didedahkan dengan situasi sebenar dalam industri berkaitan selain turut terlibat dalam menyelesaikan masalah dalam syarikat-syarikat besar dan ternama. Pihak pengurusan UTM telah bekerjasama dengan HBS Alumni Club of Malaysia untuk mengundang beberapa orang profesor dari HBS untuk melatih lebih ramai pensyarah UTM mengendalikan kajian kes HBS.

Penyertaan mahasiswa dalam program Harvard Summer School.

Program Harvard Summer School

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru : Program Summer School


Lima orang mahasiswa telah dihantar ke Universiti Harvard, Amerika Syarikat bagi mengikuti program summer school selama lapan minggu. Program di Universiti Harvard ini adalah sebagai langkah dalam memberi pendedahan kepada mahasiswa terhadap persekitaran antarabangsa, supaya mempunyai lebih keyakinan diri, meluaskan jaringan antarabangsa dan seterusnya meningkatkan program pengantarabangsaan UTM.

Mahasiswa yang terpilih telah menjalani saringan melalui penulisan esei dan temubual. Mahasiswa tersebut mengambil empat kredit mata pelajaran mengikut bidang masing-masing. Inisiatif ini adalah selaras dengan dasar pengantarabangsaan UTM untuk memberi pengalaman antarabangsa kepada mahasiswa agar mereka berfikiran kritis dan global khususnya dalam berdepan dalam ekonomi dunia hari ini. Mahasiswa yang berjaya menamatkan program ini perlu membentangkan pengalamannya dalam Seminar Global Outreach yang diadakan setiap tahun untuk dimanafaatkan dan dikongsi bersama mahasiswa lain.



Peserta program Harvard Summer School bersama Datuk Naib Canselor.


Program Summer School

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru


Dalam memantapkan pengalaman pembelajaran dan pengajaran, universiti telah memperkenalkan Program Summer School di bawah pengurusan UTMSPACE. Program tiga minggu ini menawarkan beberapa kursus yang menarik, dengan mengaplikasikan perkaraperkara berkaitan persekitaran, komuniti tempatan, warisan dan tradisi. Kursus-kursus ini menggabungkan teori dan amalan, dengan budaya tempatan dan aktiviti sosial. Program Summer School ini mewujudkan perkongsian dua hala di mana peserta bertukar idea, berkongsi pengalaman, mencari ilmu baru, dan membuat jaringan.




Kursus Service Learning (SL) Berkredit

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru


Universiti telah meluluskan penawaran kursus KhidmatKomuniti Berkredit (Service Learning) pada Mac 2011 dan menjadi ,champion, dalam kalangan IPTA yang menjayakan SL Berkredit kepada komuniti, yang antara lainnya bertujuan seperti berikut:
  • Membantu menyelesaikan masalah sosio-ekonomi masyarakat.
  • Menyalurkan kepakaran/kemahiran mahasiswa Universiti untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat.
  • Mahasiswa dan masyarakat bekerjasama dalam pelbagai bidang ke arah keharmonian dan kesejahteraan hidup.

Kursus Service Learning UTM dan Khidmat Komuniti menampilkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mampu meningkatkan kualiti mahasiswa menerusi penglibatan dalam pelbagai program kemasyarakatan.

Tiga program rintis telah dilaksanakan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:

  • Program komuniti Taman Damai Jaya - ,Cinta Tamanku,, kolaborasi dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) dan Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB)
  • Program Motivasi dan Pendidikan, kolaborasi dengan Kg Sejagong, komuniti Seri Medan
  • Kolaborasi di antara Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta dan Universitas Andalas, Padang

Lain-lain program UTM dan Khidmat Komuniti yang telah dijalankan pada tahun 2011 adalah seperti berikut:

  • Program ,Sustainable and Greening, Hutan Bandar dan Taman Tasik Merdeka.
  • Projek Pengantarabangsaan di Kemboja, kolaborasi bersama ,Action Caring Team, (ACT).
  • Program Memperkasakan Sains & Matematik di Sek. Men. Keb. Pasir Gudang 1 dan SMK Johor Jaya 2.
  • Program Membudayakan Komuniti dan Peniaga ICT, Kolej Komuniti Pasir Gudang, kolaborasi bersama Pejabat Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pelajaran Johor, Pejabat Pelajaran Pasir Gudang dan UMNO Pasir Gudang.
  • Hari Inovasi Sains Matematik dan Teknologi.

Antara program UTM dan Khidmat Komuniti yang telah dirancangkan untuk masa akan datang adalah seperti berikut:

  • Kolaborasi bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN).
  • Projek rintis ,Fibreglass Boat Manufacturing Technology,, di daerah Kota Tinggi.
  • Program Sains, Matematik dan ICT di daerah Muar;
  • Kolaborasi bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.
  • Projek Lanskap Terminal Bas.
Program Sustainable and Greening Taman Tasik Merdeka, Johor Bahru.



Suasana Pembelajaran yang Stimulatif, Entrepreneurial dan Berkualiti

Pembelajaran Berteraskan Akademia Baru

Dalam membolehkan UTM mendapat tempat dan reputasi dalam kalangan calon mahasiswa, warga akademia, dan pihak industri, usaha membangunkan konsep dan kerangka, Akademia Baru, sebagai inisiatif inovatif dari segi pedagogi dan pengajian di UTM telah dilaksanakan. Konsep Akademia Baru ini adalah berkaitan dengan konsep memajukan ilmu dalam bentuk yang bersepadu, berpaksi manfaat langsung, lebih dinamik yang tidak terlalu bergantung pada paradigma, akademik, yang konvensional.

Antara kaedah penghayatan ilmu yang digunakan dalam kerangka Akademia Baru dalam usaha mempelbagaikan metodologi pengajian untuk menampung kekangan ruang, mengoptimumkan sumber dengan menyediakan mod yang sesuai dengan generasi celik IT, menggalakkan semangat dan minda keusahwanan (entrepreneurial thinking), kerangka interdisciplinary, dan seterusnya bercitra global adalah seperti Kursus Service Learning (SL) Berkredit, Program Summer School, Pembelajaran atas Talian (e-Learning), MylinE, Pusat Inovasi Mahasiswa dan Pinjaman Mikrokredit Mahasiswa.

Tuesday, January 8, 2013

Pencapaian cemerlang UTM 2011

Ke Arah Universiti Berkualiti


Sementara itu, pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama (KRA) bagi UTM bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:


Secara umumnya, UTM telah berjaya dengan cemerlang mencapai hampir semua petunjuk prestasi yang telah ditetapkan. Namun, masih ada aspek yang masih belum mencapai sasaran kerana sasaran yang ditetapkan sebenarnya mengatasi keperluan untuk memenuhi prestasi sesebuah Universiti Penyelidikan di Malaysia. UTM telah mencapai kedudukan 190 dalam bidang kejuruteraan dan teknologi dalam QS World University Engineering & Technology Ranking 2011 daripada kedudukan 100 yang disasarkan. Justeru itu, UTM juga telah melaksanakan strategi impactful presence dengan menyertai sesuatu ranking dan meletakkannya sebagai satu prosedur penanda aras yang tidak rasmi bagi membolehkan UTM mengenal pasti kelemahan dan kekuatan berasaskan amalan terbaik dalam kalangan universiti ternama dunia. Hasilnya UTM telah berjaya menduduki tempat pertama di Malaysia dalam ranking empat International Colleges and Universities (4ICU) World University Ranking dan Webometric University Rankings pada Julai 2011. Strategi ini telah memantapkan penglibatan UTM di persada antarabangsa.