Monday, January 7, 2013

Dato’ Hj. Obet bin Tawil



Ahli Lembaga Pengarah



Dato’ Hj Obet bin Tawil telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 Mei 2011. Dato’ Hj Obet bin Tawil mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman kerja yang luas kerana telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Negeri Johor bermula tahun 1979 dengan memegang jawatan Penolong Setiausaha (Penganalisa Urusan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) (Cawangan Perkhidmatan). Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa jabatan termasuk Pentadbir Tanah Daerah Kluang dan Muar dan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Johor mulai 1 Februari 2009 hingga 13 Mac 2011. Beliau kini dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke 22 sejak 14 Mac 2011.

No comments:

Post a Comment