Sunday, January 13, 2013

Statistik Mahasiswa

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Dari segi profil mahasiswa, strategi differentiation and high quality undergraduate telah dilaksanakan dengan jayanya. Program Perdana Ijazah Sarjana Muda mendapat sambutan hangat calon lepasan matrikulasi dan STPM. Purata kelayakan masuk ke program ijazah sarjana muda telah ditingkatkan kepada 3.47 pada sesi kemasukan 2011/2012. Peningkatan peratus mahasiswa pascasiswazah yang begitu menonjol dan transformatif juga adalah selaras dengan matlamat universiti untuk menjadi sebuah universiti yang memberi penumpuan kepada pengajian siswazah (graduate-focused university) dan penyelidikan (research university). 

UTM juga menonjol dalam kalangan universiti tempatan dari segi enrolmen mahasiswa pascasiswazah dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. Ini menunjukkan betapa signifikan peranan UTM dalam konteks penjanaan modal insan, pembangunan Modal Baru Ekonomi (MBE) ekonomi berasaskan inovasi dan kreativiti. Peningkatan juga ketara dengan kehadiran 4,435 mahasiswa antarabangsa dan kedudukan ini menempatkan UTM sebagai universiti awam tertinggi dari segi jumlah dan peratus mahasiswa antarabangsa pada tahun 2011. Perkembangan positif dari segi jumlah kemasukan mahasiswa antarabangsa ke UTM secara tidak langsung menggambarkan keyakinan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap kualiti program yang ditawarkan di sini.

No comments:

Post a Comment