Tuesday, January 8, 2013

Peningkatan Kualiti Pengurusan

Ke Arah Universiti Berkualiti

UKU terus menggalakkan budaya kualiti pengurusan melalui pengamalan dan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001:2008, kualiti persekitaran kerja berpandukan amalan 5S, audit anugerah kualiti dan peningkatan kualiti proses kerja melalui Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

UKU telah berjaya mengarusperdanakan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sebagai platform kepada staf (terutamanya staf bukan akademik) menyerlahkan kreativiti dan inovasi mereka dalam menyelesaikan pemasalahan di tempat kerja. Pelbagai inisiatif penggalakan telah dilaksanakan seperti Bengkel KIK, poster KIK dan penglibatan semua pusat tanggungjawab dalam konvensyen KIK IPTA, wilayah dan kebangsaan sebagai peserta dan pemerhati. Pengurusan penyertaan kumpulan-kumpulan KIK dalam konvensyen KIK peringkat IPTA, wilayah, kebangsaan dan antarabangsa dilaksanakan dengan sempurna. Keunggulan KIK UTM bukan sahaja diiktiraf di peringkat kebangsaan tetapi juga di peringkat antarabangsa. KIK e-TAP dari Fakulti Pendidikan UTM berjaya menerima Excellent Award di International Convention on QC Circlesdi Pacifico Yokohama, Jepun pada 11 - 13 September 2011. KIK adalah manifestasi semua peringkat staf sama-sama mendokong budaya kreativiti dan inovasi di UTM.

No comments:

Post a Comment