Sunday, January 6, 2013

Tagline


Tagline


Landskap pendidikan tinggi di seluruh dunia sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam menghadapi persekitaran pendidikan tinggi global yang dinamik. Sehubungan dengan itu, institusi pengajian tinggi perlu menilai, mengkaji dan mensejajarkan model operasi semasa supaya lebih berkesan. Model transformasi yang pragmatik dapat memupuk dan memacu kecemerlangan universiti untuk terus kekal relevan dan berdaya saing bukan sahaja dalam penjanaan dan penghayatan ilmu malah untuk pembangunan sosio-ekonomi dan penjanaan nilai tinggi sesuai dengan hasrat kerajaan untuk memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan itu, tagline Universiti Teknologi Malaysia telah disejajarkan untuk menggambarkan strategi, arah tuju dan sasaran universiti yang menumpukan kepada tiga aspek berikut :-

Inovatif 
Iaitu pendekatan strategik dalam berhadapan dengan transformasi yang lebih dinamik untuk kekal relevan dan berdaya saing dalam persekitaran global yang semakin mencabar

Entrepreneurial 
Iaitu minda keusahawanan dan penglibatan strategik yang unik, luar biasa dan bermakna ke arah akademia baru yang mampu mencipta nilai dan berimpak tinggi

Global 
Di mana keperluan kepada perspektif global perlu di dalam membina persepakatan dan hubungan UTM dengan rakan antarabangsa secara strategik untuk manfaat bersama ke arah pencapaian yang boleh meningkatkan imej UTM di peringkat global

1 comment:

  1. Name: Mohammed Noor
    Father's Name: AbdulKabir
    Birth:/18/03/2001
    Tazkira Number: 19280285
    Hi i am in the Afghanistan i had alot of activities like Gorbat Radio Television, Saba television, Koragh Civil Society, and also i went University but now the situations is very bad and also when i went to the Radio television groups of Tirrorest threat death me and want to leave my job becuase they dont want to we work for society and they currently want to leaves my job but now taliban have authority take Afghanistan i want the Canada government to help us because we dont know about our future we do not have fields of study or education we want to go abroad please help us.

    ReplyDelete