Monday, January 7, 2013

Dato’ Ir. Low Keng Kok



Ahli Lembaga Pengarah




Dato’ Low Keng Kok telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 Mei 2011. Dato’ Low Keng Kok ialah Pengarah Urusan dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Fajarbaru Builder Group Bhd. sejak 1 Ogos
2007. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan bersama Road Builder (M) Holdings Bhd. pada tahun 1998 hingga 2007. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan bangunan, infrastruktur dan penswastaan projek-projek. Beliau aktif dalam beberapa badan profesional dan telah dilantik menjawat beberapa jawatan termasuk sebagai Naib Presiden Master Builders Association Malaysia, Penemuduga Profesional Peperiksaan Penilaian Profesional Lembaga Jurutera Malaysia dan lainlain jawatan dalam badan profesional yang lain termasuk dilantik sebagai Penasihat Industri bagi beberapa buah universiti. Beliau juga merupakan Fellow Institut Jurutera Malaysia, Institut Lebuhraya dan Pengangkutan, United Kingdom (UK), ahli korporat Institut Pengurusan Air dan Alam Sekitar, UK (MIWEM) serta Institut Jurutera Awam, UK (MICE). Beliau merupakan seorang Jurutera Profesional (P.Eng.) dan seorang Jurutera Bertauliah (UK). Beliau mendapat Diploma Bertauliah dalam Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Berkanun Akauntan Bertauliah, UK. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dalam Kejuruteraan Awam dari Universiti Malaya.

No comments:

Post a Comment