Monday, January 7, 2013

Tan Sri Dato’ Mohd. Ramli bin Kushairi



Ahli Lembaga Pengarah


Tan Sri Dato’ Mohd Ramli Bin Kushairi telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 15 Mac 2004.
Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada tahun 1961 sebagai Penolong Setiausaha di Bank Negara Malaysia. Dari tahun 1965 hingga 1972, beliau telah berkhidmat di Lembaga Penasihat Tarif dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan memegang jawatan kanan. Dari 1972 hingga 1983, beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah dan seterusnya menjadi Pengarah Urusan Kumpulan FIMA Berhad, sebuah syarikat milik Kerajaan. Beliau adalah Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia dan Dewan Perniagaan dan Industri ASEAN. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan dari tahun 1980 hingga 1982, dan merupakan ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya. Beliau kini merupakan Pengerusi South Malaysia Industries Berhad dan ahli kepada National Standards & Accreditation Council, yang mana beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis Standard. Selain itu, beliau adalah seorang ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Bainun dan Yayasan Suluh Budiman Universiti
Pendidikan Sultan Idris dan ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa University of Hull, England.

No comments:

Post a Comment