Sunday, January 6, 2013

DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah

Canselor


DYMM Raja Zarith Sofiah adalah seorang kerabat diraja yang dihormati, berdaya intelek tinggi dan seorang dermawan yang juga merupakan seorang alumni Oxford. DYMM memperolehi Bachelor of Arts (Hons.) daripada University of Oxford pada tahun 1983. DYMM terlibat secara aktif dalam penglibatan intelek serta kerja-kerja sukarela di beberapa badan amal dan organisasi. DYMM kini merupakan Penaung Diraja bagi Oxford University Malaysia Club 2011/2012 dan Malaysian English Language Teachers Association (MELTA); ahli pertubuhan diraja Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan Penulis Residen di Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, DYMM terlibat secara aktif sebagai penceramah utama di pelbagai persidangan antarabangsa di mana beliau terkenal dengan pandangan mengenai pemahaman global dan perbezaan hubungan dalam kalangan pelbagai negara dan agama. Titah diraja yang pernah disampaikan oleh beliau ialah “Voices of Peace, Conscience and Reason (PCORE) Forum” pada tahun 2010. Di samping itu, DYMM juga seorang penulis yang prolifik, dan adalah seorang penulis jemputan di The New Straits Times Malaysia dan The Star.

Senarai pencapaian DYMM termasuk sebagai presiden Persatuan Pandu Puteri Johor dan penaung bagi Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor, Tebrau Rotary Foundation Club, serta Persatuan Bulan Sabit Merah Johor dan Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM). DYMM juga merupakan penggemar aktiviti melukis yang mana beliau telah diberi penganugerahan 'Ilustrasi Terbaik' bagi kategori buku kanak-kanak pada Majlis Anugerah Buku Negara yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Post a Comment