Monday, January 14, 2013

Konvokesyen dan Kebolehpasaran Siswazah


Majlis Konvokesyen ke-46 telah diadakan pada 26-27 Mac 2011 selama dua hari di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru. Pada Majlis Konvokesyen ini, DYMM Tuanku Canselor telah berkenan mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor iaitu YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd Nor. Universiti juga telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan kepada YBhg. Prof. Dr. Ir. Mohammad Nuh, Menteri Pendidikan Nasional Indonesia. Seorang lagi tokoh akademik yang juga mantan staf UTM telah dianugerahkan Gelaran Profesor Emeritus, iaitu YBhg. Prof. Dato' Ir. Zainai bin Mohamed, mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK). 

Majlis Konvokesyen ke-47 telah diadakan pada 24-26 September 2011 selama tiga hari (enam sesi). Pada Majlis Konvokesyen ini, DYMM Tuanku Canselor telah berkenan mengisytiharkan pelantikan Pro-Canselor yang baru iaitu YBhg. Tan Sri Dato' Dr. Yahya bin Awang. Universiti juga telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Awam kepada YAB Tun (Dr.) Abdullah bin Ayub, mantan Pro-Canselor UTM. Seorang lagi tokoh akademik yang juga mantan staf UTM telah dianugerahkan Gelaran Profesor Emeritus, iaitu YBhg. Prof. Dato' Dr. Ismail bin Bakar yang juga merupakan mantan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

No comments:

Post a Comment