Monday, January 14, 2013

Kebolehpasaran Siswazah

Konvokesyen dan Kebolehpasaran Siswazah

Matlamat kebolehpasaran siswazah ini meliputi usaha bagi membina upaya graduan berjaya untuk mendapat pekerjaan, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran sekaligus memiliki nilai dan ciri-ciri yang dikehendaki industri. Penerapan kemahiran keusahawanan, menjalin kerjasama rapat dengan industri bagi penempatan mahasiswa menjalani latihan industri, membuka peluang melalui pendedahan pedagogi dan pembelajaran melalu pengalaman (experiential learning) adalah antara inisiatif yang dijalankan bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah UTM. Selain itu, mahasiswa digalakkan untuk mencipta pekerjaan bagi melahirkan usahawan atau graduan yang bekerja sendiri yang mampu menyumbang kepada usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi Negara tanpa berharap atau menanti peluang pekerjaan. Kebolehpasaran siswazah UTM telah melebihi sasaran di mana 76 peratus graduannya telah berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian. 

Salah satu daripada aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah menghasilkan graduan berkualiti dan berketrampilan; memenuhi aspek kebolehpasaran mengikut permintaan industri; keupayaan mencipta kejayaan dalam bidang keusahawanan; dan kemampuan graduan memberikan sumbangan kepada masyarakat. Sehubungan itu, UTM telah mengambil inisiatif antara lainnya dalam meningkatkan kurikulum yang relevan supaya mahasiswa mampu berdaya saing dalam menghadapi persaingan global. Ianya juga bermatlamat untuk memastikan semua mahasiswa mendapat manafaat daripada pengalaman pembelajaran yang berkualiti sejajar dengan keperluan individu, ekonomi dan masyarakat.

No comments:

Post a Comment