Monday, January 7, 2013

Dato’ Abu Bakar bin Mohd Nor



Ahli Lembaga Pengarah



Dato’ Abu Bakar bin Mohd Nor telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 Mac 2011. Beliau adalah seorang Akauntan Bertauliah dan memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan dan Perakaunan dari University of Wales, UK. Beliau juga merupakan Ahli Institute of Chartered Accountants di England dan Wales pada tahun 1980. Beliau merupakan Pengarah Peremba (M) Sdn. Bhd. dan mempunyai pengalaman yang luas serta pernah berkhidmat sebagai Pengarah Urusan Saujana Consolidated Berhad, Pengarah Urusan Tradewinds (M) Berhad, Pengarah Eksekutif Landmarks Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Peremba Berhad dan Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Perkhidmatan beliau bersama Kumpulan PERNAS ialah selama tujuh tahun sebelum menyertai Peremba (M) Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1989. Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengarah Non-Independent Non-Executive Director di RHB Investment Bank Bhd sejak 4 Mac 1997.

No comments:

Post a Comment