Wednesday, January 16, 2013

Pengiktirafan ALUMNI

Kecemerlangan Mahasiswa dan Pengitirafan ALUMNI

Pada tahun 2011, Unit Perhubungan ALUMNI telah melaksanakan pelbagai program dan aktiviti selain daripada program tahunan yang melibatkan Alumni UTM termasuk juga program-program di bawah penganjuran SIG ALUMNI. Antara objektif program yang dijalankan adalah seperti berikut:
• Sebagai platform bagi mengumpul ALUMNI UTM yang berjaya, di samping dapat mengerat dan mengukuhkan hubungan silaturrahim antara ALUMNI dan Universiti Teknologi Malaysia.
• Membina perkongsian pintar melalui pertukaran maklumat dan sumber data bagi kepentingan pembangunan bersama.
• Mengumpul dana bagi Tabung Endowmen ALUMNI melalui sumbangan ALUMNI UTM.
• Mengadakan majlis menandatangani MoU di antara syarikat yang dimiliki oleh ALUMNI UTM yang berjaya dengan Universiti Teknologi Malaysia.
• Menjalinkan usahasama antara ALUMNI melalui pelbagai fungsi perkhidmatan dan peranan.
• Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada ALUMNI UTM yang berjaya.
• Membina rangkaian strategik.

Diantara pencapaian ALUMNI UTM terbilang pada tahun 2011 ialah:
• Tuan Haji Burhanuddin Md. Radzi, Pengarah Urusan, Les' Copaque Production Sdn Bhd - Anugerah Khas Persatuan Industri dan Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF) - Awani Tun Dr. Mahathir.
• Profesor Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Material and Manufacturing, Pejabat TNC (P&I) Universiti Teknologi Malaysia - Anugerah Inovasi Negara 2011 Kategori Produk sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE).
• Dato' Prof Ir. Dr. Zaini Ujang, Naib CanselorUniversiti Teknologi Malaysia - Tokoh Maal Hijrah 1433/2011 Negeri Sembilan.
• Ir. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi, Pengarah PROSPECT, Fakulti Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia - Award Sir Frederick Warner Prize.


No comments:

Post a Comment