Wednesday, January 16, 2013

Pencapaian Peringkat Kebangsaan


Aktiviti Kreativiti dan Debat

Dalam World Universities Peace Invitational Debate (WUPID) in Bahasa Melayu 2011 yang berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), UTM berjaya menjadi Naib Johan. Aktiviti Khidmat Masyarakat Sepanjang Januari hingga Disember 2011, sebanyak 54 program Khidmat Masyarakat dan Motivasi serta Pendidikan dijalankan melibatkan 2,100 orang mahasiswa UTM Johor manakala 16 program dijalankan melibatkan 610 orang mahasiswa UTM Kuala Lumpur. Antaranya Khidmat Masyarakat dan Pendidikan YTM Tunku Abdul Rahman 2011 (PUTRA'11), Khidmat Pendidikan dan Khidmat Komuniti KTR (PENITI 11), NURKASIH - Khidmat Masyarakat OKU. Sepanjang tahun 2011, sebanyak 11 Lawatan Akademik Luar Negara melibatkan 193 UTM Johor Bahru dan 27 UTM Kuala Lumpur. Antaranya Lawatan Akademik Brunei Darussalam Permodenan Teknologi dan Integrasi Kebudayaan Ke Timur, Waste 2 Wealth @ Mindanao 2011 di Mindanao, Filipina, Eco Culture Challenge @ Himalaya 2011 di Kathmandu, Nepal, Lawatan Akademik ke Korea 2011, dan Road to United Kingdom 2011.

Aktiviti Sukan

UTM bertindak cemerlang dalam sukan, apabila berjaya menjadi johan dalam Kejohanan Bola Tampar Lelaki Jemputan IPT 2011 di UMP Pahang dan Pesta Bola Jaring USM IPT 2011. UTM berjaya memenangi empat pingat perak, satu pingat gangsa dalam MASUM 2011 yang berlangsung pada 22-26 Jun 2011 di Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya. UTM berjaya memenangi lima pingat emas (empat bagi acara karate-do, satu bagi acara silat) empat perak (dua bagi acara karate-do, satu bagi acara bola tampar wanita, satu sepak takraw), sembilan pingat gangsa (satu bagi acara ragbi, dua bagi acara bola baling, satu bagi acara hoki wanita, satu bagi acara silat, satu bagi acara bola tampar lelaki, tiga bagi acara karate-do) di Karnival Sukan MASUM 2011. Varsity Boat Race 2011 yang berlangsung pada Ogos 2011 di Putrajaya, UTM berjaya memenangi Rowing: dua emas dan satu gangsa dalam acara rowing dan satu emas, dua perak, satu gangsa dalam acara kayak.

Aktiviti Kesenian

Dalam bidang kesenian, UTM bertindak cemerlang dalam Majlis Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat IPT 2011 pada 10-13 Oktober 2011 apabila berjaya menjadi johan Qari dan Johan Kategori Khat Nasakh serta Naib Johan Pertandingan Reka bentuk Idea Seni Bina Masjid (PRISMA) anjuran bersama UTM & Majlis Kebudayaan Universiti- Universiti Malaysia (MAKUM). Pada 26 November 2011, UTM berjaya dianugerahkan The Best Traditional Dance dalam 1World Culture: International Students Cultural Festival 2011 bertempat di Nilai University College, Negeri Sembilan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Mahasiswa UTM merupakan Naib Johan dalam Festival Zapin Peringkat IPT 2011 yang berlangsung pada
22-24 Disember 2011 anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).

Pembangunan Keusahawanan Mahasiswa

Pada 6-11 Julai 2011, Kelab Usahawan UTM telah menyertai Pertandingan SIFE peringkat kebangsaan 2011 anjuran bersama MITI & SME Bank dan berjaya ke peringkat separuh akhir. Pada 28-30 Oktober 2011, Kelab Usahawan UTM telah menyertai Pertandingan Keusahawanan Peringkat IPTA/IPTS - Setup Weekend bersama DIGI Zon Selatan 2011 anjuran bersama DIGI dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut. 



No comments:

Post a Comment