Monday, January 7, 2013

Prof. Dr. Md. Nor. Musa



Ahli Lembaga Pengarah



Prof. Dr. Md. Nor bin Musa telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 Mac 2011. Beliau memperolehi B.Sc.(Mech. Eng.) (Strathclyde), M.Sc.(Thermo & Fluid Mechanics) (Strathclyde) dann Ph.d (Condensation of Mixtures)(Heriot Watt). Prof. Dr. Md Nor bin Musa adalah seorang pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan “Refrigeration and Conditioning, Condensation (Heat and Mass Transfer), Thermal (Cool) Storage, Combustion of Solid Waste” dan juga “Gas Compressor”. Beliau juga telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai Panel Audit dan Penilai untuk Universiti Penyelidikan. Dengan pelantikan tersebut secara tidak langsung beliau telah turut membantu usaha Universiti Teknologi Malaysia mencapai taraf Universiti Penyelidikan. Selain pelantikan sebagai Pengerusi Majlis Profesor, Prof. Dr. Md Nor bin Musa juga adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah Universiti yang telah dilantik oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Beliau kini berjawatan Profesor Kontrak Gred Khas (VK 6) dan telah berkhidmat di Universiti Teknologi Malaysia selama 35 tahun menyumbang dari segi pentadbiran, pengajaran dan juga penyelidikan. Selain Dekan Fakulti dan Dekan SPACE, beliau telah dilantik sebanyak dua kali sebagai Dekan/Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UTM. Dengan pengalaman pengurusan R & D ini beliau dipinjamkan ke MIMOS dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah, membantu dalam pengurusan R & D pada tahun 1995 – 1997. Dalam aktiviti penyelidikan beliau telah mengetuai beberapa projek yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia dan European Union. Sehingga kini jumlah peruntukan yang beliau perolehi ialah RM 8,852,000.00. Sebagai pereka-cipta (inventor) beliau telah berjaya mendapat lima (5) paten.

No comments:

Post a Comment