Sunday, January 6, 2013

Dato' Dr. Muhammad Ridzuan bin Hj. Salleh



Pro-Canselor


Dato' Dr. Muhammad Ridzuan Salleh adalah seorang Jurutera Profesional yang banyak terlibat dalam projek-projek kejuruteraan utama di dalam dan di luar negara sepanjang tempoh lebih daripada 28 tahun. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik) dari University of Western Australia dengan biasiswa anugerah kerajaan Australia, iaitu Colombo Plan Scholarship pada tahun 1966, Sarjana Sains (Elektrik-Kuasa) pada tahun 1972 dan Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1974 dari University of London.

Beliau telah memenangi banyak anugerah akademik, profesional dan diraja selain banyak memegang jawatan dalam badan-badan kebangsaan dan antarabangsa yang berprestij. Beliau juga telah menerbitkan banyak kertas kerja di dalam jurnal dan prosiding persidangan antarabangsa. Kini, Dato' Dr. Muhammad Ridzuan ialah Presiden, Syarikat Kenyir One Sdn. Bhd. (KOSB) iaitu sebuah syarikat usahasama antara beliau dengan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. Beliau juga tergolong dalam kumpulan ahli sains yang terpilih sebagai Felo Pengasas, Akademi Sains Malaysia.

Pengalaman beliau sebelum ini adalah sebagai Pengarah Council of Tall Buildings and Urban Habitat di Chicago, Amerika Syarikat. Beliau juga adalah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dari April 1990 hingga Mei 1994 dan Pengerusi, Majlis Penasihat Akademi Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dari tahun 1995 hingga 2000.

No comments:

Post a Comment