Monday, January 7, 2013

Dato’ Noorrizan binti Shafie



Ahli Lembaga Pengarah



Dato’ Noorrizan binti Shafie telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 Jun 2011. Dato’ Noorrizan binti Shafie mendapat Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam dari INTAN, Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ekonomi dan Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini merupakan Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam bermula tahun 1981 dan telah berkhidmat dalam beberapa kementerian termasuk Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan. Beliau juga merupakan Non-Independent Non-Executive Director kepada DRB-HICOM sejak 29 November 2006.

No comments:

Post a Comment