Tuesday, January 8, 2013

Peningkatan Kualiti Akademik

Ke Arah Universiti Berkualiti

UTM telah dipelawa untuk memohon status Institusi Swa-Akreditasi yang mana proses akreditasi dijalankan secara dalaman dan keputusannya diiktiraf oleh badan akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Siri lawatan penandaarasan telah dijalankan untuk memastikan sistem dan tadbir urus kualiti UTM sekurang-kurangnya setanding dengan IPTA lain di Malaysia. Audit dalaman, pemantapan dan pendokumentasian proses kerja telah dilaksanakan. Tunjuk cara, semakan dan pemantauan dilaksanakan dengan teliti supaya kertas-kertas kerja untuk kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi dipastikan memenuhi standard yang ditetapkan.

Bersama Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL), Unit Kualiti Universiti (UKU) memastikan Pendidikan Berasaskan Hasil atau Outcome-Based Education (OBE) terus dimantapkan dengan penganjuran bengkel bukan sahaja kepada staf akademik tetapi juga kepada staf bukan akademik.

Sebagai urus setia kepada lawatan akreditasi, UKU juga telah menyelaras dengan sempurna lawatan audit akreditasi Lembaga Jurutera Malaysia/Majlis Akreditasi Kejuruteraan (BEM/EAC) untuk program-program kejuruteraan. Audit akreditasi program kejuruteraan telah dilaksanakan dengan lancar dan berkesan pada
19 - 20 April 2011. Secara keseluruhannya pencapaian yang didapati adalah lebih baik daripada lawatan audit sebelumnya. Sebagai sebuah universiti terbesar dalam penawaran program-program kejuruteraan, UTM menjadi contoh kepada universiti lain di Malaysia.

No comments:

Post a Comment