Sunday, January 13, 2013

Pra-Siswazah (Sepenuh Masa)

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Enrolmen mahasiswa pra-siswazah bagi program Sarjana Muda bagi sesi akademik 2011/2012 adalah seramai 12,955 orang. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan jumlah enrolmen mahasiswa prasiswazah bagi tahun 2009, 2010 dan 2011. Universiti giat mempromosikan program pra-siswazah untuk pengambilan mahasiswa luar negara. Ini merupakan sebahagian usaha ke arah memantapkan program pengantarabangsaan seperti mana digariskan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.


Bagi sesi akademik 2011/2012 enrolmen mahasiswa antarabangsa seramai 713 orang dari 38 buah negara telah mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda. Peningkatan mahasiswa antarabangsa telah memberi ruang kepada mahasiswa tempatan mendapat pelbagai manfaat terutamanya daripada segi komunikasi, jaringan dan pendedahan kepada pelbagai latar budaya. Rajah di bawah menunjukkan peningkatan jumlah enrolmen mahasiswa antarabangsa dari sesi akademik 2003/2004 sehingga 2011/2012.




No comments:

Post a Comment