Sunday, January 6, 2013

Tan Sri Salleh bin Mohd. Nor



Pro-Canselor


Tan Sri Salleh Mohd. Nor adalah seorang pakar perhutanan yang telah berjaya menaikkan nama negara dalam bidang tersebut. Beliau mendapat pendidikan tinggi dalam bidang perhutanan di Adelaide dan Canberra, Australia dan mengikuti kursus selama 13 bulan di Belanda pada tahun 1969. Peringkat akhir pendidikan beliau adalah di Michigan State University, US. Beliau adalah perintis yang membantu menubuhkan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia, yang mana beliau adalah Presiden yang paling lama berkhidmat. Tan Sri Salleh juga presiden pertama bukan-Amerika dan bukan-Eropah untuk Kesatuan Antarabangsa Pertubuhan Perhutanan (IUFO) yang telah ditubuhkan selama lebih 100 tahun. 

Pengalaman di peringkat antarabangsa beliau meliputi empat penjuru benua melalui penglibatannya antara lain dengan IUFRO, Forest Trends, NATMANCOM, Tropenbos, Sistem CGIAR, Rangkaian MPTS dan APAFRI. Tan Sri Salleh telah menerima pelbagai anugerah hasil pencapaian dan kepakaran beliau dalam bidang perhutanan. Beliau telah memenangi banyak anugerah, antaranya termasuklah Anugerah Sains Negara. Senarai pencapaian beliau terus meningkat apabila beliau berjaya mengetuai pelaksanaan inventori hutan negara pertama bagi Semenanjung Malaysia. Beliau juga pernah dilantik sebagai Profesor Adjung di universiti tempatan. Tan Sri Salleh merupakan mantan Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu. Satu lagi pencapaian terhebat beliau adalah apabila dilantik sebagai Felo Kanan, Akademi Sains Malaysia pada tahun 2004 yang membawa gelaran ahli akademik kepadanya.

No comments:

Post a Comment