Sunday, January 6, 2013

Tan Sri Abdul Halim bin Ali



Pengerusi, Lembaga Pengarah


Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 13 Mac 2002. Beliau menyertai Kementerian Luar Negeri dan telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Diplomatik Malaysia dari 1966 hingga 1996. Sepanjang tempoh ini, beliau telah berkhidmat di beberapa misi diplomatik luar negara termasuk dilantik menjadi duta besar di Vietnam dan Austria. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Malaysia pada tahun 1998 dan akhirnya bersara pada tahun 2001. Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan berkhidmat sehingga Januari 2007. Kini, Tan Sri Abdul Halim adalah Pengerusi Malaysia Building Society Bhd, Malakoff Corporation Berhad dan Multimedia Development Corporation Sdn Bhd. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Minority Shareholder Watchdog Group, ESSO Malaysia Bhd dan IJM Bhd.

No comments:

Post a Comment