Wednesday, January 9, 2013

Rekrutmen Mahasiswa Berprestasi

Bagi menyokong usaha utuk mendapat calon yang baik dan cemerlang di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, selain strategi promosi yang telah dipergiatkan, kempen penerbitan iklan telah dilakukan secara agresif. Selain iklan program, iklan korporat telah giat dilakukan pada tahun 2011 sebagai satu strategi promosi untuk menjana kebolehpercayaan, meningkatkan reputasi dalam kalangan industri, dan penyerlahan penjenamaan yang bermatlamat untuk membina citra dan imej yang meyakinkan. 

Pengiklanan korporat juga telah dilakukan termasuklah di Lapangan Terbang KLIA dan pengiklanan di dalam majalah-majalah yang mendapat liputan dan jangkauan antarabangsa seperti Invest Malaysia 2011, Terbitan Focus International, The Report Malaysia 2010 - Siri Terbitan Oxford Business Group dan Reader's Digest selain pengiklanan ucapan tahniah dan penghargaan dalam akhbar-akhbar tempatan. Bagi tujuan strategi kelangsungan (viability), kebolehlihatan (visibility), dan seterusnya pengukuhan rakaman imej UTM di dalam minda audien, iklan korporat UTM telah diterbitkan di dalam majalah syarikat penerbangan, iaitu Going Places MAS sebanyak empat kali dan Travel 3Sixty, Air Asia sebanyak tiga kali. Artikel mengenai UTM juga diterbitkan dalam QS Showcase-Asia 2011 di mana UTM merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang telah diberikan liputan di dalam terbitan tersebut. 

UTM juga telah terlibat dalam menguruskan sebanyak 42 pameran pendidikan dalam negara, 21 kunjungan dan pameran di sekolah sekolah, 15 roadshow ke pusat-pusat matrikulasi di seluruh negara dan menerima 29 lawatan dari sekolah/maktab/kolej sepanjang tahun 2011. Di peringkat antarabangsa pula, sejumlah 31 lawatan impak dan pameran luar negara telah diadakan sepanjang tahun 2011. UTM juga telah menganjurkan beberapa program khas bagi tujuan mempromosikan UTM secara keseluruhan seperti dalam jadual berikut:


Selain itu, UTM turut membuat publisiti melalui media cetak dan juga media elektronik dengan memberi penekanan kepada aktiviti dan kejayaan UTM. Pada tahun 2011, sebanyak 88 jemputan media dikeluarkan bagi membuat liputan aktiviti dan program universiti manakala sembilan sidang media telah diadakan. Sepanjang tahun 2011, sebanyak 521 berita dan artikel berkaitan UTM telah disiarkan dalam tujuh akhbar utama seperti berikut:




No comments:

Post a Comment