Monday, January 7, 2013

Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor



Ahli Lembaga Pengarah



Datuk Ab. Rahim bin Md. Noor telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah pada 1 Disember 2010. Beliau mendapat Diploma dalam bidang Pentadbiran Awam dari INTAN, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (Persuratan Melayu dan Geografi) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana dalam Sains Polisi (Saitama, Jepun). Beliau kini ialah Ketua Setiausaha di Kementerian Pengajian Tinggi. Perkhidmatan beliau bermula pada tahun 1982 dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Putrajaya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Kementerian Pengajian tinggi. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perancangan strategik, pengurusan sumber manusia, kepimpinan, pelaksanaan transformasi organisasi dan inovasi. Beliau pernah membentangkan beberapa kertas kerja berkaitan tadbir urus perkhidmatan awam di peringkat antarabangsa seperti di CAPAM Conference Series Governance Excellence: Managing Human Potential di Arusha, Tanzania serta terlibat secara langsung di dalam penyediaan pelan-pelan strategik dan transformasi di dalam perkhidmatan awam.

No comments:

Post a Comment